Thursday, October 8, 2009

Pemain aka Player


Setelah lama tidak bertemu ewahhh akhirnya hari nie saya dapat berjumpa dengan Mr Sunshine! Yayyy!!! *tepuk tangan. Misi hari nie adalah untuk berjalan-jalan aka dating dan makan-makan dan jalan-jalan dan shopping. Heheh.. Juga mahu mencari wide-belt yang dah lama saya nak beli tapi tak beli-beli sebab tidak ada yang berkenan. Saya bukan cerewet. Saya memilih. Mr Sunshine pula hendak cari baju dan briefcase dan kasut futsal. Panjang berjela entri nie nanti kalau nak diceritakan kisah misi pencarian gadis melayu eh bukan. Misi pencarian baju, wide-belt dan kasut kami sepanjang hari nie. Ada satu sahaja yang saya mahu kongsi dalam entri hari nie. Bukan pasal kisah pening kepala lepas makan ais krim Haagen Dazs. Bukan juga kisah warna kasut yang dah habis stok dan terpaksa ke One Utama dari Mid Valley semata-mata nak cari kasut yang sama tapi warna yang berbeza. Haih.

Apa yang saya nak cerita dan bincangkan di sini adalah tentang berapa ramai lelaki sekarang nie yang bersifat pemain atau dalam Bahasa Inggerisnya player atau playboy... Baru semalam saya dengar satu kisah tentang rakan saya yang baru beberapa bulan berkahwin tetapi sudah ada affair dengan perempuan lain. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah ini salah lelaki yang gagal mengawal hawa nafsu dan hanya mahu menunjukkan kehebatan terhadap kaum perempuan yang lemah atau salah si perempuan yang menggunakan kesempatan atau kelemahan untuk menggugat iman lelaki? Ataukah ini jodoh namanya?? Oh itu saya tidak setuju. Misi pencarian barangan saya dan Mr Sunshine hari ini juga telah menemukan saya dengan BUKTI KUKUH yang negara kita kini memang terdapat ramai golongan lelaki yang boleh digelar playboy ataupun baru mendaftarkan diri dan berjinak-jinak dalam kancah sosial dunia playboy.



Tengoklah berapa ramai yang dah menterjebak-kan diri.

Yang berbaju hitam baru sahaja selesai mendaftar.




Yang Si dia pun mahu mendaftar. Apakah??!

2 comments:

Mira Mazlan said...

hahah~comel jea akak nih..pada pendapat saya yea..kebanyakkan nya adalah salah lelakii! mereka tdk tahu menghargai.kentowtt betol! hmmph!~

::hanna:: said...

hmmmm! betol betol betol! =)