Monday, November 30, 2009

Cinderella and her three wishes


Cinderella was now 75 years old. After a fulfilling life with the now dead Prince, she happily sat upon her rocking chair, watching the world go by from her front porch, with a cat called Alan for companionship.

One sunny afternoon, out of nowhere, appeared the Fairy Godmother. Cinderella said "Fairy Godmother, what are you doing here after all these years?"

The Fairy Godmother replied, "Well, Cinderella, since you have lived a good, wholesome life since we last met, I have decided to grant you three wishes. Is there anything for which your heart still yearns?"

Cinderella is overjoyed, and after some thoughtful consideration and almost under her breath she uttered her first wish:

"I wish I was wealthy beyond comprehension."

Instantly, her rocking chair was turned into solid gold.

Cinderella was stunned. Alan, her old faithful cat, jumped off her lap and scampered to the edge of the porch, quivering with fear.

Cinderella said, "Oh thank you, Fairy Godmother!"

The Fairy Godmother replied, "It's the least I can do. What does your heart wish for your second wish?"

Cinderella looked down at her frail body, and said, "I wish I were young and full of the beauty of youth again."

At once, her wish became reality, and her beautiful youthful visage returned.

Cinderella felt stirrings inside her that had been dormant for years and long forgotten vigor and vitality began to course through her very soul.

Then the Fairy Godmother again spoke. "You have one more wish, what will you have?"

Cinderella looked over to the frightened cat in the corner and said, "I wish you to transform Alan my old cat into a beautiful, and handsome young man."

Magically, Alan suddenly underwent so fundamental a change in his biological make-up, that when complete he stood before her, a boy, so beautiful the like of which she nor the world had ever seen, so fair indeed that birds begun to fall from the sky at his feet.

The Fairy Godmother again spoke. "Congratulations, Cinderella. Enjoy your new life." And, with a blazing shock of bright blue electricity, she was gone.

For a few eerie moments, Alan and Cinderella looked into each other's eyes. Cinderella sat, breathless, gazing at the most stunningly perfect boy she had ever seen.

Then Alan walked over to Cinderella, who sat transfixed in her rocking chair, and held her close in his young muscular arms.

He leaned in close to her ear, whispered, blowing her golden hair with his warm breath, "I bet you regret having me neutered now, don't you?"

Bayar Hutang

Hari nie badan tak berapa sedap lor.. Dah 2-3 hari rasa macam nak demam tapi tak demam2. Main2 pulak dia. T_T

Ok berbalik kepada hutang entry saya semalam (ke dulu semalam?) oh ya ya semalam. Pernah tak anda jumpa orang yang memandu kereta dengan sangat lah bersopan santun slow tahap bawa kereta lembu di lorong sebelah kanan?



Macam ini


Ya! Jika anda ingin merasai pengalaman menakjubkan ini tanpa perlu ke India, silalah ke tempat saya (sila view profile).

Jika anda datang ke sini, jangan terkejut jika:

  • Anda terpaksa ikut di belakang kereta yang dipandu 40km/jam di lorong kanan. Nak potong tak boleh pulak sebab kereta banyak di lorong bertentangan. Nak potong sebelah kiri, pun kereta banyak.
  • Anda sudah lama menunggu untuk keluar dari simpang sebab kereta sangat banyak, tiba2 anda lihat ada satu kereta/motor yang masuk ke simpang itu tanpa memberi signal dan dengan selambanya memandang ke arah anda tanpa rasa bersalah.
  • Anda tengah memandu laju, tiba-tiba lebih kurang 10 meter jer lagi, ada kereta tiba2 keluar dari simpang. Tak berhenti sikit pun, menoleh pun tidak terus jer keluar. Anda rasa patut flash lampu ke, nak bunyikan hon?10 meter. Hesshhh...
  • Sedang anda memandu, kereta di hadapan anda berhenti di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba sebab ternampak ada makcik jual pisang goreng tepi jalan. Tiba-tiba dapat ilham nak makan pisang goreng agaknya. Tengah jalan ok dia berenti, bukan ke tepi sikit ke ape ke.. Tengah jalan. Dan selamba jer dia turun gi beli pisang goreng. Dengar macam mustahil bukan? Tapi percayalah kerana ianya benar. Hehe
  • Anda tengah memandu dibelakang sebuah kenderaan, tiba2 kenderaan tersebut berhenti di tengah jalan untuk memasuki simpang disebelah kanan tanpa memberi lampu signal. Anda pula yang perlu menunggu laluan kiri lancar dan memberi signal ke kiri untuk memotong.
Jika anda bernasib baik, anda akan menikmati kesemua pengalaman di atas sekali gus, dengan hanya sekali lawatan ke tempat saya. Jangan risau kerana situasi ini berlaku setiap hari, jadi anda tidak mungkin akan terlepas peluang ini. Sekurang2nya, 2 atau 3 daripada situasi di atas mesti berlaku punyer. Dijamin. Hehe. Owh sebelum terlupa! Pastikan hon kenderaan berfungsi ya! =)


Selamat mencuba! =D


Sunday, November 29, 2009

Petua Menaikkan Seri Muka


Selamat petang! Hari nie tak jadi ikut ibu bapa saya ke Perak. Bangun lambat lar plak pagi tadi.. Dengan baju kurung tak iron, tudung ntah ke mana, tue belum dikira masa yang diperlukan untuk kumpul kekuatan dan keazaman untuk mandi pagi2 lagi tue. Mau 1-2 jam kena tunggu enjin nak warm up. Haha. Langsung terus sambung tidur sampai tengah hari..


Hari nie hujan lagi.. Musim2 hujan nie apa lagi yang boleh buat, tengok tv sambil mengunyah jer lar kejenye.. Ulang alik ke dapur 5-6 kali cari apa benda yang boleh dimakan. Nak berkebun bercucuk tanam di halaman luar (ceh ceh ceh) tak boleh lar pulak.. Haha.. Musim2 panas tak pulak kamu nak bercucuk tanam wahai Hana.


Tv pulak macam takde cerita best pon. Owh tadi tengok behind the scene The Twilight Saga:New Moon. Tak sabar nak pegi tengok vampire yang macho lagi protective itu.. Tapi kali nie Bella macam couple ngan Jacob (Tailor Lautner) si werewolf tue. Huhuhu tak nak! Bella kena dengan Edward jugak! Tapi Tailor tue handsome jugak. Haishhhhh konfius konfius~


Ha ada satu benda yang saya nak share kat sini. Soal keGERAMan hati. Nanti lah saya post okeh. Daaa daaa!


Eh apsal tajuk entry sungguh tak tally dengan isi kandungan nie? Haha





Hoyeee!!


O Hai!
Laptop saya sudah ok. Buleh lah saya bercanda dengan internet selepas ini.
Mr. Internet, do you miss me? Heehee
Tapi malam nie kena tidur awal, esok mahu ke Perak ada jemputan kenduri kawin.
Promise, tomorrow night will update lagi, ok?
Jumpa esok yer!


Bye! Good night my darlings...

*big hugs, please*

Friday, November 20, 2009

Naik Pentas

Dulu-dulu masa sekolah rendah tiap2 tahun saya dapat naik pentas untuk Hari Penyampaian Hadiah. Agak bangga juga ketika itu sebab siapa2 yang berjaya dapat nombor 1-5 dari KESELURUH darjah je yang dapat naik pentas, bukan dari setiap kelas. Maknanya anda antara 5 orang yang terbaik dari ratusan pelajar dalam darjah tersebut. Sangat seronok. Paling seronok sebab sehari sebelum tue boleh ponteng kelas kerana terlibat dengan raptai. =D

Ibu dan ayah juga seronok saya tahu. Pagi2 lagi dah kejutkan saya bangun tidur dan siap2kan apa yang patut. Sehari sebelum tue ayah bawa pergi kedai beli hair band baru yang cantik untuk saya pakai masa naik pentas. Kasut dibasuh putih bersih dan disapu kapur. Baju digosok rapi. Pagi tue semua orang akan jadi sedikit kelam kabut entah kenapa. Excited mungkin. *kenapa tiba2 saya rasa sangat sedih nie. Huhu*

Sebelum naik pentas cikgu aturkan murid2 ikut darjah masing2. Mula dengan murid2 Tahun 1 dan diakhiri dengan murid2 Tahun 6. Masa beratur tue rasa berdebar2 je. Hahaha. Tak sabar. Sambil2 tue intai2 cari ayah dan ibu duduk dekat mana. Kadang2 tue panic sekejap sebab macam tak nampak pun mereka. Tapi saya tahu mereka datang. *Sebak nie.. huhu.. tak dapat nak cerita dan gambarkan keadaan sebenar *

Lepas je selesai acara, kami anak beranak bergambar sama2. Lepas tue pegi makan KFC. Ayah memang suka ambik gambar kami adik-beradik. Dulu saya tak perasan tapi bila dah besar, bila belek balik album2 gambar dan tengok tarikh2 bawah gambar tue ayah i know you love us.. We love you too.. Sob.. sob..

Ayah ambik gambar kami hampir tiap2 hari! Tarikh2 dalam gambar tue memang berturut2 setiap hari. Bayangkan ayah ambil gambar saya tengah tidur malam tue, esok pagi nak pegi sekolah dia ambik gambar lagi, petang tue tengah main masak2 dengan kawan2 pun dia datang ambik gambar, saya makan ais krim tumpah comot pun dia amik gambar, malam tue gaduh dengan adik pun dia ambik gambar lagi lagi dan lagi. Even sebelum masuk tidur masa ayah nak ceritakan bedtime stories pun sempat snap gambar.*Rindu masa kecik2 dulu. Nak balik ke zaman dulu boleh tak? Nak dengar ayah cerita lagi =/*

Ok sebenarnya saya nak cerita pasal sabtu minggu lepas punya kejadian. Hehe. Minggu lepas kami ke Bangi (ke kajang?) untuk majlis konvo adik saya yang masa kecik2 suka cari gaduh ngan saya. Saya upload gambar je lar eyh... Dah nama pun konvo dia, mesti lar gambar dia je yang banyak. =p



Kenapa mesti bagi bunga masa konvo?

Ketandusan kaum hawa di GMI. Hehe..

Rasanya boleh dikira dengan jari berapa orang student perempuan yang konvo hari itu.

Tak macam konvo universiti awam yang penuh dengan protokol mungkin.

Kasut pun tak kisah dah macam mana rupa.

Rambut macam2 fesyen, afro ada, rock kapak ada, merah menyala ada. Haih~~

Beratur elok-elok na. Jangan berebut.

Nie sebelum start majlis

Baru nak start

Touch up touch up untuk ambik gambar

Tengah tunggu sesi bergambar beramai2 ke ape ntah.. Lama sungguh~
Saya sudah kelaparan di luar hall. Huhu

Ayah, Aizat, Ibu.

Senyum jangan tak senyum

Aaaaaa tak sempat pose lagi? Sorry dah terlambat.
Tertekan button sudah.

Aizat, Ayah, Harith

Ha! Baru nampak muka saya. Hehe.. Jangan marah na! =p

Friday, November 6, 2009

Kisah Tensi


MINGGU LEPAS hari Isnin saya ada hantar 2 pasang baju kurung dan 1 helai kemeja untuk dry cleaning. Minggu lepas Ok. Sila beri perhatian. Hari ini dah hari Jumaat minggu seterusnya. Dapat?


Ok hari Isnin yang saya hantar baju2 ke kedai dobi tue, pekerja kedai tue cakap boleh ambik baju2 tue hanya pada hari Jumaat sebab takut tak sempat siap sebab ada banyak sangat baju2 yang belum disiapkan. Saya pun macam, "Owh Jumaat? Lambatnye. Hari nie baru Isnin. Hmmm... Bolehlah... "


Setibanya pada hari Jumaat yang dimaksudkan, saya terlupa nak pegi ambik baju2 tue kat kedai dobi berkenaan. Hari Isnin baru saya teringat nak pegi ambik. Jadi saya pun pegi lar ke kedai dobi tue, sebab kebetulan memang saya nak keluar untuk settlekan beberapa urusan. Sampainya saya di kedai dobi tue, saya pun hulurkan lar resit dobi tue kat pekerja dobi tersebut.


Nak tau apa jadi? Dekat 15 minit saya tunggu dia cari baju saya tak jumpa-jumpa. 15 minit tue lama ok dalam erti kata dunia realiti. Dah dia tak jumpa, dia pas pula resit tue kat pekerja yang lain untuk tolong carikan. Saya pun siap tolong tengok2 kan baju yang ada tergantung kat depan kaunter tue. Tapi takde. Memang takde.


Pekerja tue datang balik kat saya dan suruh saya datang esok petang. Maknanya hari Selasa. Takkan tak siap lagi kot? Dah seminggu dah pon. Tue saya dah bagi chance 3 hari lewat tue. Kalau nak ikutkan dia suruh datang hari Jumaat lepas. Sungguh tensi~


Keesokan harinya saya pegi lagi ke kedai dobi tu. Yang ada di kaunter mungkin tauke kedai tue sebab dia lelaki, juga sebab saya rasa pekerja kedai tue semua perempuan. Saya pun explain sambil tunjukkan resit, "Encik, semalam saya ada datang untuk ambik baju2 untuk dry clean. Tapi diorang suruh saya datang balik hari nie."


Lelaki tue ambik resit saya dan pegi ke belakang untuk cari baju2 tue mungkin. Lama jugak lar saya tunggu, siap boleh pegi kedai sebelah beli paper Metro ngan air Coke.


Tunggu punya tunggu punya tunggu... Air Coke dah habis minum, paper Metro pun dah habis belek, baju tak sampai2. Alih2 lelaki tue keluar bawak resit tadi, dan senang hatinya berkata, "Cik datang esok lah ye."


Saya pun cakap lah, "Hah???!! Semalam saya dah datang, diorang suruh saya datang hari nie. Hari nie saya datang encik suruh datang esok pulak?". Dan apa yang lelaki itu balas hanyalah, "Cik datang esok lar, datang esok."


Geram tak? Sapa2 yang berasa tidak geram jika keadaan ini berlaku, dia adalah insan berhati kering yang tidak normal. Cakap sorry pun tak. At least explain lar ape yang tejadi kan.. Tak siap lagi ke, atau dah siap tapi tak jumpe letak kat mane sebab baju2 banyak sangat ke.. Atau dah tersilap bagi kat customer lain ke?? Gggrrrrrr!


Malas nak gaduh dan kerana saya pun jenis yang tak suka memaki hamun, saya pun terus ambik resit dan berkata "Ok lah," dan masuk dalam kereta.


Lelaki tue cakap suruh datang keesokan harinya bermaksud hari Rabu lah kan, tapi sebab geram memikirkan kisah kedai dobi itu lalu saya malas nak pegi lagi. Kasi chance untuk diorang cuci kalau2 tak siap cuci lagi, kasi chance untuk diorang cari baju tue kalau2 dah tersalah letak.


Dan. Tadi petang saya pegi ke kedai dobi tue buat kesekian kalinya. Hari nie dah Jumaat, maknanya dah bagi extra 2 hari dah. Saya pun hulur resit yang dah hampir lunyai tue kat lelaki tersebut.


Seperti sebelum ini, dia MASIH tercari2 baju saya dekat tempat2 gantung baju yang SAMA tempat dia cari dari hari Isnin lepas. Kan hari tue dah cari kat situ tapi takde? Geramnya!


Dah berhari2 takkan takde initiatif langsung untuk cari baju tue kan? Takkan nak tunggu saya datang baru terhegeh2 nak cari? Apa dia buat selama 2 hari nie???!!


Saya pun pergi ke kedai sebelah lagi. Beli paper Metro, lepas tue pegi balik ke kedai dobi tue. Dan lelaki tue masih tercari2 lagi baju2 saya kat tempat gantung tue. Biarkan. Malas saya nak tolong cari. Saya memang dah tau baju2 saya memang takde kat tempat gantung tepi kaunter tue.


Dari depan dia ke belakang, dari belakang dia ke depan. Biarkan. Padan muka. Lama jugak lar tunggu. Tiba-tiba masa saya tengah belek paper Metro yang saya beli tue, saya nampak lelaki tue datang ke kaunter sambil bawak baju2 saya. Akhirnya!!!


Ape lar yang susah sangat nak cari... Geram betol. Menyusahkan.








Wednesday, November 4, 2009

Maggi Asam Laksa Cara Saya


Selama ada blog nie rasanya tak pernah pun kan saya pos entri pasal resepi masakan? Haha.. Tapi nie tak bererti saya tak pandai masak okkkeeyyyy! Boleh lar sikit2.. Keji lar tak tau masak langsung.. Hihihi=p Disebabkan semalam kebetulan saya rasa macam malas nak makan nasik, jadi saya plan nak masak maggi. Jap jap. Maggi nie boleh dikategorikan sebagai masakan ke? Memasak maggi atau membuat maggi? Haha. Terpulanglah kepada citarasa anda sendiri untuk menggelarkannya =p

Jadi harinie saya nak pos entri cara-cara memasak maggi. Rasanya memasak maggi lar istilah yang tepat kan. Sebab kalau yang buat maggi pakai air panas je tue baru boleh dipanggil membuat maggi. Kalau masak guna api kena sebut sebagai memasak maggi rasanya.. hehehe. Tanak kalah =p

Ok mari kita mulakan. Owh sebelum tue. Sila abaikan mutu gambar yang sangat horrible ini. Snap pakai camera phone jer. Dan saya ialah tukang menyediakan bahan, merangkap tukang masak, tukang kacau (bukan kacau mengganggu, kacau masakan lar) dan juga tukang mengambil gambar sekali. So inilah hasil kerja multitasking. Semoga anda memahami. Hehe =p

Ok. Nie bahan-bahannya:


Bahan-bahan untuk direbus : Bawang besar yang dihiris, cili padi untuk menambahkan kepedasan tahap merah telinga, asam keping dan cili merah (ditabur sebelum dihidang).


Sayur kobis. Nak guna sawi pun boleh tapi tadi check dalam fridge sawi takde, so saya guna kobis =)

Fish cake dan crab fingers

Bahan utama : Maggi Asam Laksa BESARRRRRRR punye! Hehhe


Ok. Ayuh mulakan! Tapi sebelum tue sila sediakan periuk ok. Takde periuk kuali pun boleh~


Mula-mula, masukkan air ke dalam periuk, kuantiti mengikut citarasa anda. Jangan lupa pasang api ok. Kang lupe pulak. Sampai esok pun air tak mendidih. Hehe

Bila dah nampak macam air tue dah mendidih, masukkan bawang merah dan cili padi. Cili padi saya masukkan awal2 supaya pedas macam yang saya cakap tadi. Kaw kaw tahap merah telinga. Hehe..

Biar untuk seketika. Ok dah mendidih nampaknya.

Kemudian masukkan asam keping untuk tambahkan rasa masam. Nama pun maggi asam laksa kan... Pedas dan masam baru lar best! Hehe

Lepas dah masukkan asam keping, boleh lar masukkan serbuk perencah maggi asam laksa. Tunggu hingga mendidih seketika.

Masukkan fish cake dan crab fingers.


Masukkan pula telur dan kacau. Kalau tanak telur kuning tue pecah, jangan lar kacau kuat-kuat sangat. Hehhe..

Kemudian kita masukkan maggi. Saya tak suka pecah2kan maggi sebelum masukkan. Saya suka masukkan maggi seketul macam tue terus. Supaya bila makan nanti jadi 'bertali-tali'. Baru best Sllurrrpppppppp!!!! Hehehe..

Last sekali masukkan sayur. Di sini saya guna kobis. Kalau ada sawi lagi best. Hehe.. Lepas masukkan sayur terus tutup api ok kalau tanak sayur tue layu sangat. Kemudian boleh lar dihidangkan mengikut cita rasa anda.

Tara!!! Siap dihidang. Taburkan juga cili merah untuk hiasan. =)

Mudah kan? Selamat mencuba!


Notis : Sila sediakan air minuman yang banyak sebab masakan ini pedas dan boleh menyebabkan telinga anda berasap. Nanti kena panggil bomba pula~ Hehe..


Tuesday, November 3, 2009

Bidan Kampungan


Date of Birth : Tuesday, 3rd November 2009

Place of Birth : Seremban, Negeri Sembilan

Time of Delivery : 3.37 pm

Midwife : Miss Hanna

Assistant Midwife : PinPin



Crowning.




You can do it baby! Yeah yeah! =p





Sweating?



Push a little harder darling!





Uhh uhh uhh




Yeah its coming right away





Come on! Come on!




Excellent job, baby!






You are doing great!




Yayy happy time happy time!






Finally!




Owh so beautiful.






Goodbye womb~




Introducing... PinPin : The Assistant midwife =p




Monday, November 2, 2009

Craving





Hujan di luar. Dan saya dah lama tak makan cupcakes.

Mahu Caramel Kiss. Sekarang. Boleh? =)



Sunday, November 1, 2009

Mendung


Hmmm... Cuaca 2-3 hari nie mendung je... Malam hujan, siang mendung.. Nak mandi pun liat dalam hati cakap takpe kot bukannya berpeluh pun sebab sejuk. Lagipun Mr Sunshine selalu cakap saya wangi walaupun tanpa Gucci Flora okeeeeyyy. Hihihihii=) Hujan nie bukan sahaja di alam nyata, sampai dalam mimpi pun hujan jugak. Hujan sampai banjir pulak tue, siap kena naik sampan dengan Mr Sunshine untuk pegi jalan2. Itu dalam mimpi lar.. Haha!=p


Tapi saya lebih suka cuaca begini. Sangat suka. Rasa tenang dan cool je.. Hehehe. Suasana pun rasa macam slow dan relax.. Semua pun slow. Nak bangun tido slow. Nak mandi slow. Nak kemas katil slow. Nak buat apa2 pun slow lah pendek cerita. Hehe.. Tapi daripada panas dan berpeluhkan, lebih baik cenggini.






Mendung sepanjang hari





PinPin pun terasa impaknya. Mandom jer..





Akibatnya.... Selain makan dan mengupdate blog, inilah kerja saya sepanjang hari. Habiskan koleksi komik Lat yang dah lama dibeli tapi tak abis2 baca lagi. Mr Sunshine pun tak angkat phone dari pagi tadi bila saya call. Baru petang tadi dia call balik cakap baru bangun. Haha. Owh cuaca....





Town Boy





Lat & His Lot Again




Mat Som




Sesiapa yang teringin nak jadi pramugari tue, sila study sket pasal Geografi ok. Haha