Saturday, October 31, 2009

Seksi Macam Nyamuk


Nyamuk nie adalah serangga pemangsa wahh ganasnye bunyi yang masa saya belajar Entomology dulu, Puan Suhana cakap ianya tergolong dalam order Diptera. Nyamuk nie kalau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil mosquito. Bukan mosque. Mosque tue masjid. MAsque pulak nama kedai runcit kat TTDI Jaya. Ok sebut betul2. Mosquito.

Nyamuk nie badannya lawa macam model. Haha. Nyamuk ada tubuh yang langsing, dan kaki yang panjang dan badan yang cantik-berjalur. Nyamuk juga ada 2 kepak. Sama lar macam model kan, masa tengah catwalk tue kadang2 kepakkan tangan letak dekat pinggang kan. Mulutnya pula dipanggil proboscis iaitu muncung ala2 Angelina Jolie, untuk memudahkan ia menghisap darah. Haha. Boleh lah guna pepatah baru, body macam nyamuk. Seksi gitu. Sebab orang dulu-dulu kalau nak describe kan seseorang tue body lawa mesti cakap badan macam kerengga kan. Haihhh lawa ke kerengga? Pinggang kerempeng punggung besar tak boleh blah ok. Haha.

Sebenarnya kat sini saya nak cerita pasal Nyamuk Aedes. Nyamuk yang boleh buat kita kena demam denggi. Mangsa terbaru adalah adik saya CiCan. Haha.. Opps sorry. Tak baik gelak. Dia tengah tidur mungkin. Baru lepas discharged dari wad. Sebab apa Cican kena, saya pun tak pasti mungkin sebab dia lelaki, sebab jangkitan denggi nie disebarkan oleh nyamuk Aedes betina sahaja. Haha. Owh malangnya. Tapi rasanya sejak berpindah ke rumah baru awal tahun nie, takda pula saya kena gigit nyamuk. Jarang sekali nampak nyamuk. Jenuh kami sekeluarga cari tempat2 dan benda2 yang ada takungan air tapi usaha kami gagal dan menemui jalan buntu. Wahhh ayat tak tahan.

Cican kata mungkin dia kena gigit oleh nyamuk betina miang di cybercafe tempat dia dan kawan2 selalu lepak. Sebab tauke Cybercafe itu juga kena demam denggi. Hohoho lagi sekali. Owh malangnya~ <----- Tagline untuk hari ini. Tue lar, yang tiap2 hari pegi cybercafe tue siapa suruh, kat rumah dah ada internet, wireless pulak tue. Nak main game dalam toilet pun boleh. Apa lagi mahu? Haihh pelik sungguh~

Kalau tak silap takde ubat lar untuk demam denggi nie. Rasanya lar. Hehe.. Rasanya juga, rawatan untuk pesakit demam denggi nie hanyalah sekadar supportive therapy jer. Darah akan diambil dari masa ke semasa untuk monitor bilangan platelet, sebab bilangan platelet dalam darah akan drop dalam kes demam denggi, dalam bahasa Inggeris dipanggil Thrombocytopenia. Patient jugak akan dinasihatkan untuk minum air dengan banyak untuk elak dari dehydrated. Supplement dari intravenous fluid jugak akan diberi bila patient warded.. Owh malangnya.

Haa! Orang tua2 cakap, kalau kena demam denggi, makan sup ketam. Sebab ketam boleh tambahkan bilangan platelet. Betulkah? Saya pun tatau. Heh! Ibu saya pun apa lagi, terus masak sup ketam lar kan untuk Cican. Tapi Cican tak mahu makan, akhirnya saya yang makan. Haha.

Ok, nasihat saya untuk hari ini, elakkan dari keluar rumah terutama pada waktu senja dan awal pagi untuk elak dari kena gigit nyamuk aedes okeeee. Tapi nyamuk sekarang nie dah moden dah.. Merayau tak kira waktu. Macam manusia lar jugak. Hehe.. Jadi kalau nak keluar rumah tue, pastikan anda selubung tubuh badan anda dari atas sampai bawah. Kalau boleh pakai suit macam angkasawan pakai tue. Haha. Joking2.. Ok yang kedua. Tempat2 yang boleh jadi tempat takungan air tue sila hapuskan lah yer, atau dicuci dengan kerap sekurang2nya seminggu sekali. Guna ubat jentik2 jugak kalau boleh. Ada jual ke? Hehe. Entah. Ada lar kot kan.. Kalau nak tidur pulak, pasang kelambu tapi nanti panas lar pulak.. Hahah. jadi, spray lar dengan ubat nyamuk ke ape ke... "10 minit setiap minggu, Hapuskan Aedes, Perangi Denggi". Renung-renungkan dan selamat beramal!! =)




On the way ke hospital.


Ayah, ibu dan Harith.



Kaki tukang habiskan sup ketam




See see. Takde takungan air.

Yang kelihatan hanyalah kotoran tanah.



Nie pun takde.




Ini juga bebas dari takungan air.



Yang nie dah kering kontang. Takde air langsung.

Nasib baik pokok tak mati. Haha


Orang dari Pejabat Kesihatan datang buat fogging tadi.

Turut kelihatan nun di sana : Ayah yang pakai baju purple, ibu yang pakai topi kebun. Haha comel sekali.


Fogging


Matilah wahai nyamuk durjana

No comments: