Semalam saya ke IKEA. Cuba teka saya beli apa. Lampu? Salah. Meja? Salah. Cermin? Salah. Bakul baju kotor? Salah. Cadar? Salah. Barangan hiasan? Pun salah. Ok sila menyerah kalah sekarang. Saya HANYA mahu beli ini semata-mata:
Lepas beli 8 paket Graddsas, saya pun melintas ke The Curve dan membeli-belah tingkap (window shopping). Takde berhajat nak beli apa-apa pun tapi dah alang-alang.. Eh. Ada ada. Saya mahu beli wide belt sebenarnya. Dan briefcase untuk Mr Sunshine, tapi takda yang berkenan.
Habis tawaf satu The Curve tue tiba tiba saya nampak satu kedai yang tertera "Detox Wheatgrass Juice!". Tengok rumput2 atas kaunter tue nampak macam sedap! (Sorry takda gambar. Segan plak nak snap gambar depan barista yang dok tengah pandang saya). Saya pun dengan excitednya pergi ke kaunter dan order, "Gimme 1 shot of wheatgrass juice please," sambil tersenyum.
Lepas tunggu dalam beberapa minit, saya pun dapat apa yang saya order dan sepotong limau sunkist untuk pencuci mulut. Dalam hati, sikit giler! Gelas dia sebesar tester cup yang promoter yogurt drink slalu bagi kat Tesco tue. Tapi takpelah. Nama pun 1 shot. Saja nak try je kan, bukan nak minum sampai hilang haus pun~ Kaler plak memang tersangatlah menakutkan. Hijau pekat. Dengan yakinnya saya pun teguk juice tersebut dan %$%&#!!!! Juice apakah nie!!! Tak sedap langsung! Sebijik macam makan rumput! Nasib baik sikit. Macam nie ke rasanya bila arnab makan rumput?? Patutlah arnab saya suka makan roti gardenia butterscotch.
Ok sampai sini saja entri saya kali nie. Saya akan cerita tentang kebaikan jus rumput yang tak sedap ini pada entri akan datang. Byeee!
No comments:
Post a Comment