Monday, October 26, 2009

Saya masih ada.


Amaran : Ini adalah karangan berbentuk cereka. Tapi versi panjang umpama novel cinta. Sila baca dengan penuh emosi.



20, 21, 22, 23, 24, 25, 26... Huiii! Dah 7 hari saya tidak sentuh laptop. Bukan setakat sentuh, terpandang pun tidak. Menggunakan laptop jauh sekali. 7 hari tidak menggunakan laptop bermaksud sudah 7 hari juga saya tidak meng-Facebook dan mem-blogging. Sungguh kesian. Tapi memang tak sempat sangat2 nak bukak. Nak surf internet guna handphone pun tak sempat dah. Nak ambik2 gambar guna handphone pun tak sempat juga. Ish ish ish sibuk sama level dengan pekerja2 majlis perbandaran seremban. Dok pulun sampai tengah malam mengecat divider jalan, cat pasu2 bunga, tanam pokok bunga, repair air pancut, pasang banner n pasang lampu liplapliplap sempena majlis pertabalan yang di-pertua. Haha. Apahal yang saya explain detail sangat pasal kerja2 yang mereka buat nie.



Ok straight to the point. Tujuh hari nie memang sangat memenatkan. Bangun awal2 pagi dan tidur pula lewat malam. Apa yang saya buat? Ok meh nak cerita. 22 haribulan aritue ada interview kali ke-2 kat KL. So seminggu sebelum tue especially dua hari sebelum tue memang saya teramatlah sibuk tahap yang saya cakap tadi. Tahap pekerja2 perbandaran seremban. Saya tidur pukul 4 pagi dan bangun awal2 pagi. Untuk apa? Untuk study. Study untuk apa? Study untuk interview.



Ok. Interview pada 22 haribulan, jam 2 petang. Disebabkan saya tak tau jalan untuk ke tempat interview tue, so Mr Sunshine menawarkan diri untuk menjemput saya di Seremban. Kami sampai di tempat interview tue lebih kurang pukul 12, memang nak pergi awal untuk mengelakkan daripada masalah2 yang tak diingini. Ok. Tempat interview dah jumpa, so dah takda masalah dah. Perut pun dah berbunyi. Bukan perut saya., tapi perut Mr Sunshine. Hehehe.. Saya memang dah takda selera dah nak makan... Nervous punya pasal! Kami pun singgah lunch di Secret Recipe. Dekat je dengan bangunan tempat saya nak interwiew tue. Sambil makan2 saya belek2 jugak nota2 ringkas yang saya bawa, kot2 lar masuk dalam soalan interview. Heheh. Mr Sunshine pula khusyuk dengar saya menghafal sambil angguk2 kepala.. Macam lar paham kan... Hehehe =) Tapi ya dia faham ok.. Genius. Ayang, nak 50sen, upah puji =)



Jam dah menunjukkan pukul 1.45 petang, so kami terus ke tempat saya nak di interview tue. Tepat pukul 2.00 petang saya dipanggil masuk. Pheh! Mereka sangat menepati waktu. Mr Sunshine pula tunggu dalam kereta agaknya. Kesian sungguh. Saya di interview oleh Admin Manager company itu. Memang teramatttttt lah menakutkan, tak macam first interview hari tue. Saya dilimpahi dengan soalan2 yang memang mustahil lar rasanya untuk saya jawab sebab saya tak pernah pun bekerja sebelum ini wahai encik manager. Manalah saya tahu macam mana nak buat kalau probe Cobas Integra 800 itu bengkok sebab sample tube tak spin elok2 dalam centrifuge. Haihhh~ Soalan pelik2 dan tak disangka2 yang dia tanya selama satu setengah jam saya dalam bilik tue. Diulang. Satu setengah jam. Sesi interview paling lama di dunia. Kepala rasa sakit giler macam baru lepas jawab paper exam 3 jam + paper kuarantin 3 jam yag jumlahnya 6 jam sebab jadual exam subjek clashing. Haha=p



Lepas je abes interview, Mr Sunshine bawa jalan2 ke Pavillion, shopping, makan2 n tengok wayang cerita Papadom. Horeyyyyy! Sungguh menenangkan jiwa raga. Malam tue dia hantar saya balik, bukan balik Seremban tapi balik hotel. No no no.. Bukan tidur berdua ya tuan2 dan puan2. Jangan salah sangka. Malam tue saya tidur di hotel, sebab kebetulan ayah saya ada meeting selama seminggu di situ, so saya tumpang tidur sebab malas nak balik Seremban. Letih. Saya tidur sampai petang Jumaat keesokan harinya (23 haribulan). Cover balik tidur yang tak cukup selama seminggu. Petang tue baru lar saya gerak balik Seremban. Haaaa nak cerita jugak. Hotel tue punya lar kedekut! Saya punya lar excited nak surf internet sebab dah lama tak surf kan, tapi tak boleh. Bila nak connect keluar signal kalau nak passwod kena bayar RM15 untuk satu jam. Kedekut giler! Satu jam pulak tue. Satu hari boleh tahan lar lagi. Patutnye bagi free je lar kan, dah bayar bilik mahal2. Haihh~



Keesokan harinya pula (24 haribulan), saya ke Putrajaya. Dari seremban Ok... Bukan Dari KL. Gerak dari Seremban pukul 10 pagi. Jumpa Mr Sunshine dan sepupunya di Shah Alam dan terus ke Putrajaya. Kenapa ke Putrajaya? Sebab ada kursus. Kursus apa belum tiba masanya untuk saya beritahu. Haha.. Bukan apa, untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan khabar2 angin. Jeng jeng jeng! Hihihihih=p Kursus tue selama 2 hari iaitu sampai 25 haribulan. Oh ya. Kursus tue siang je, so malam hari dipenuhi dengan sesi makan2 dan join abang kakak dan sepupu2 Mr Sunshine karaoke sekejap dan tengok wayang cerita Inglorious Basterds dan balik lewat malam dan tidur dengan nyenyaknya sebab penat giler! Sila kira berapa banyak 'dan' di situ. =p



Keesokan harinya pulak 26 haribulan. Saya ke Shah Alam untuk ambik result di kolej dan buat clearance untuk dapatkan transkrip sementara. Kehulu kehilir dari exam department, ke account department. Dari account department ke exam department balik, lepas tue ke admin, dan ke health science school. Sampai di school mentor pulak takda, slip exam muet pun lupa bawak. Penat je datang.. Alamatnya nanti kena datang sekali lagi. Tapi at least dah dapat result yang dah berkurun2 tunggu tak keluar2 tue. Kalau rabbit tue rasanya dah 2-3 kali beranak dah. Kuang3x.. Oh lupa nak cerita. Masa di admin, saya jumpa Naqsha dan Zaty! Dah lama tak jumpa diorang. Huhu.. Diorang tengah nak ambik borang ke ape ntah nak apply untuk buat MBBS kt India. wah2... Hebat sungguh~ Nanti dapat lar tengok gambar korang kuar kat Utusan Malaysia. Salam Perantau di Aidilfitri. Hehe=p



Ok. Plan untuk hari nie adalah untuk tidur puas2! Seminggu sibuk ulang alik Seremban-KL-Seremban, Seremban-Shah Alam-Seremban jer kan... Bangun pagi tadi hantar Harith pegi sekolah. Balik rumah breakfast mihun goreng ngan air milo, lepas tue tanpa menoleh ke belakang terus tido balik. Orang cakap lepas makan jangan terus baring nanti perut buncit. Tapi memang tak kesah dahhhh... Mengantuk punya pasal. Heheh. Sedar2 dah tengah hari dah.. Appointment dengan doktor gigi pagi tadi pun dah terlajak. Esok lar pegi jawabnya...



Itulah kisah seminggu yang sangat sibuk nie, sampai tak sempat nak surf internet. Nasib baik tak lupa macam mana nak on laptop. Kehkehkeh=p Dan maka terhasil lah entri yang membosankan ini. Hehe.





No comments: