Hehe.. Topik nie terlintas dalam kepala masa tengah layan quiz dengan Mira Mazlan kat Facebook semalam. Soalan dia ntah apa ntah tak ingat tapi lebih kurang macam wedding ring macam mana yang sesuai untuk anda. Rasanya awal lagi untuk saya bercakap soal wedding ring! Hahahah=p Tapi memang lumrah setiap perempuan mesti ada angan2 kan.. Tak ke gitu? Hahaha.. To Mr Sunshine, jangan gusar ya! Saya bukan mahu push awak untuk dapatkan ring yang sungguh cantik from The Carat Club itu. Tapi kalau mahu survey harga boleh juga. Kat Pavillion ada. =) Giler demand. hehehe..
Dulu saya minat cincin2 yang simple dan moden macam nie :
Kadang2 bila tengok cerita orang putih kat tv, masa anak perempuan dia nak kawin, ada lar part mak dia nak bagi cincin kawin dia yang dah turun-temurun dari nenek dia dulu tue kat anak perempuan dia, ngan wedding gown skali. Anak perempuan dia pun akan puji yang cincin ngan gown tue macam cantik giler kan.. Pastu dua2 orang berpelukan.. Dalam hati saya dulu, ishhh giler kesian! Tak moden langsung cincin dan gaun itu~
Tapikan, sekarang dah lain pulak saya rasa! Adakah kerana faktor usia yang sudah meningkat? Atau citarasa saya memang seperti orang tua? Sebab warna kegemaran saya ialah juga adalah coklat. =p Dan ciri-ciri cincin idaman pun dah berubah kepada yang antik dan vintaj.
So apa pendapat anda? Macam orang tua kah saya?? hahaha jangan jawab jangan jawab. Saya tahu jawapannya. Ciri-ciri wedding ring idaman anda pula bagaimana? Hehehe.. I'm tagging :
- Mira
- Ara
- Siapa2 yang ada blog and baca entri nie
1 comment:
apsal tak pakai chenchen plastik?
murah, jimat..berbaloi baloiii~~~~!!
Post a Comment