Sunday, November 1, 2009

Owh Baiknya Saya

Halluuu!!!! Hari ini hari Ahad. Ya anda semua pun tahu kan kenapa pula saya perlu mention. Suka hati saya lah.

Saya ada satu cerita yang bermula begini.. Saya ada satu blog, bukan blog saya tapi blog orang lain yang saya selalu ikut. Dulu dia tidak bertudung, tetapi kini sudah bertudung. Dulu tidak mengandung, sekarang dah mengandung. Haha! Saya tak kenal dia. Saya tak kenal mereka. Dia juga tak kenal saya. Tapi saya rasa dia menarik. Ya saya rasa begitu dan saya pasti ramai juga orang yang berpendapat begitu. Dia bukan artis. Dia juga bukan selebriti mungkin. Sebab tak pernah nampak pun dalam tv atau magazine. Tapi blog dia ada lebih dari 1300 orang follower. Facebook dia juga ada lebih dari 2000 fans. Hebat.

Jadi di sini saya nak share dengan anda semua tentang Sue Anna Joe. Ntah macam mana dulu boleh ter-view blog dia. Tapi saya tertarik dengan gambar2 self-potraits nya. Sangat artsy =) Dia juga boleh menyanyi. Mungkin kah dia penyanyi indie? Saya tidak tahu. Dia juga ada buat service2 design n photography untuk self-potraits, wedding, baby potraits dan lain2. Bengkel2 asas untuk pengguna dslr juga ada dianjurkan. Dan online shop juga. Auwww sangat multi-berkebolehan. (Ada ke perkataan nie?? Hehe). Dan dia seorang perempuan. Itu yang buat saya kagum.

Haha mesti dia terharu jika dapat tau saya dah pos satu entri mengenai dia. My pleasure darling =)

Ok hari nie saya mahu bawa anda semua jalan-jalan. Jom ikut saya. =)

Jom klik DI SINI untuk melihat gambar2 menarik dan cun.

Sila klik DI SINI untuk online shopping. Ada berbagai2 barang menarik seperti t-shirt, kasut, Cd, buku dan macam2 lagi. Tapi saya tertarik dengan yang ini. Sangat comel.













Jika mahu membaca blognya sila klik DI SINI pula.


Anda juga boleh klik DI SINI untuk lihat blog keibuannya. Hot mummy =)



Sue Anna Joe

Dan dia juga ada video blog. Wahaha sangat gila =p






Sekian.




No comments: