Saturday, October 31, 2009

Seksi Macam Nyamuk


Nyamuk nie adalah serangga pemangsa wahh ganasnye bunyi yang masa saya belajar Entomology dulu, Puan Suhana cakap ianya tergolong dalam order Diptera. Nyamuk nie kalau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil mosquito. Bukan mosque. Mosque tue masjid. MAsque pulak nama kedai runcit kat TTDI Jaya. Ok sebut betul2. Mosquito.

Nyamuk nie badannya lawa macam model. Haha. Nyamuk ada tubuh yang langsing, dan kaki yang panjang dan badan yang cantik-berjalur. Nyamuk juga ada 2 kepak. Sama lar macam model kan, masa tengah catwalk tue kadang2 kepakkan tangan letak dekat pinggang kan. Mulutnya pula dipanggil proboscis iaitu muncung ala2 Angelina Jolie, untuk memudahkan ia menghisap darah. Haha. Boleh lah guna pepatah baru, body macam nyamuk. Seksi gitu. Sebab orang dulu-dulu kalau nak describe kan seseorang tue body lawa mesti cakap badan macam kerengga kan. Haihhh lawa ke kerengga? Pinggang kerempeng punggung besar tak boleh blah ok. Haha.

Sebenarnya kat sini saya nak cerita pasal Nyamuk Aedes. Nyamuk yang boleh buat kita kena demam denggi. Mangsa terbaru adalah adik saya CiCan. Haha.. Opps sorry. Tak baik gelak. Dia tengah tidur mungkin. Baru lepas discharged dari wad. Sebab apa Cican kena, saya pun tak pasti mungkin sebab dia lelaki, sebab jangkitan denggi nie disebarkan oleh nyamuk Aedes betina sahaja. Haha. Owh malangnya. Tapi rasanya sejak berpindah ke rumah baru awal tahun nie, takda pula saya kena gigit nyamuk. Jarang sekali nampak nyamuk. Jenuh kami sekeluarga cari tempat2 dan benda2 yang ada takungan air tapi usaha kami gagal dan menemui jalan buntu. Wahhh ayat tak tahan.

Cican kata mungkin dia kena gigit oleh nyamuk betina miang di cybercafe tempat dia dan kawan2 selalu lepak. Sebab tauke Cybercafe itu juga kena demam denggi. Hohoho lagi sekali. Owh malangnya~ <----- Tagline untuk hari ini. Tue lar, yang tiap2 hari pegi cybercafe tue siapa suruh, kat rumah dah ada internet, wireless pulak tue. Nak main game dalam toilet pun boleh. Apa lagi mahu? Haihh pelik sungguh~

Kalau tak silap takde ubat lar untuk demam denggi nie. Rasanya lar. Hehe.. Rasanya juga, rawatan untuk pesakit demam denggi nie hanyalah sekadar supportive therapy jer. Darah akan diambil dari masa ke semasa untuk monitor bilangan platelet, sebab bilangan platelet dalam darah akan drop dalam kes demam denggi, dalam bahasa Inggeris dipanggil Thrombocytopenia. Patient jugak akan dinasihatkan untuk minum air dengan banyak untuk elak dari dehydrated. Supplement dari intravenous fluid jugak akan diberi bila patient warded.. Owh malangnya.

Haa! Orang tua2 cakap, kalau kena demam denggi, makan sup ketam. Sebab ketam boleh tambahkan bilangan platelet. Betulkah? Saya pun tatau. Heh! Ibu saya pun apa lagi, terus masak sup ketam lar kan untuk Cican. Tapi Cican tak mahu makan, akhirnya saya yang makan. Haha.

Ok, nasihat saya untuk hari ini, elakkan dari keluar rumah terutama pada waktu senja dan awal pagi untuk elak dari kena gigit nyamuk aedes okeeee. Tapi nyamuk sekarang nie dah moden dah.. Merayau tak kira waktu. Macam manusia lar jugak. Hehe.. Jadi kalau nak keluar rumah tue, pastikan anda selubung tubuh badan anda dari atas sampai bawah. Kalau boleh pakai suit macam angkasawan pakai tue. Haha. Joking2.. Ok yang kedua. Tempat2 yang boleh jadi tempat takungan air tue sila hapuskan lah yer, atau dicuci dengan kerap sekurang2nya seminggu sekali. Guna ubat jentik2 jugak kalau boleh. Ada jual ke? Hehe. Entah. Ada lar kot kan.. Kalau nak tidur pulak, pasang kelambu tapi nanti panas lar pulak.. Hahah. jadi, spray lar dengan ubat nyamuk ke ape ke... "10 minit setiap minggu, Hapuskan Aedes, Perangi Denggi". Renung-renungkan dan selamat beramal!! =)




On the way ke hospital.


Ayah, ibu dan Harith.



Kaki tukang habiskan sup ketam




See see. Takde takungan air.

Yang kelihatan hanyalah kotoran tanah.



Nie pun takde.




Ini juga bebas dari takungan air.



Yang nie dah kering kontang. Takde air langsung.

Nasib baik pokok tak mati. Haha


Orang dari Pejabat Kesihatan datang buat fogging tadi.

Turut kelihatan nun di sana : Ayah yang pakai baju purple, ibu yang pakai topi kebun. Haha comel sekali.


Fogging


Matilah wahai nyamuk durjana

Thursday, October 29, 2009

Bbbrrrrrrrrrrr !!!!!!

Hahahahaha =p


Rasa seperti mahu marah.

Mengapa ?

  1. Laptop rosak.

  2. Laptop yang tengah guna sekarang tak boleh copy code. Mungkin sebab Internet Explorer old version.
  3. Tak boleh copy code bererti tak boleh customize layout guna template yang canggih manggih.. Jadi terpaksa pilih layout yang ada. #!%$!#%!

Monday, October 26, 2009

Saya masih ada.


Amaran : Ini adalah karangan berbentuk cereka. Tapi versi panjang umpama novel cinta. Sila baca dengan penuh emosi.



20, 21, 22, 23, 24, 25, 26... Huiii! Dah 7 hari saya tidak sentuh laptop. Bukan setakat sentuh, terpandang pun tidak. Menggunakan laptop jauh sekali. 7 hari tidak menggunakan laptop bermaksud sudah 7 hari juga saya tidak meng-Facebook dan mem-blogging. Sungguh kesian. Tapi memang tak sempat sangat2 nak bukak. Nak surf internet guna handphone pun tak sempat dah. Nak ambik2 gambar guna handphone pun tak sempat juga. Ish ish ish sibuk sama level dengan pekerja2 majlis perbandaran seremban. Dok pulun sampai tengah malam mengecat divider jalan, cat pasu2 bunga, tanam pokok bunga, repair air pancut, pasang banner n pasang lampu liplapliplap sempena majlis pertabalan yang di-pertua. Haha. Apahal yang saya explain detail sangat pasal kerja2 yang mereka buat nie.



Ok straight to the point. Tujuh hari nie memang sangat memenatkan. Bangun awal2 pagi dan tidur pula lewat malam. Apa yang saya buat? Ok meh nak cerita. 22 haribulan aritue ada interview kali ke-2 kat KL. So seminggu sebelum tue especially dua hari sebelum tue memang saya teramatlah sibuk tahap yang saya cakap tadi. Tahap pekerja2 perbandaran seremban. Saya tidur pukul 4 pagi dan bangun awal2 pagi. Untuk apa? Untuk study. Study untuk apa? Study untuk interview.



Ok. Interview pada 22 haribulan, jam 2 petang. Disebabkan saya tak tau jalan untuk ke tempat interview tue, so Mr Sunshine menawarkan diri untuk menjemput saya di Seremban. Kami sampai di tempat interview tue lebih kurang pukul 12, memang nak pergi awal untuk mengelakkan daripada masalah2 yang tak diingini. Ok. Tempat interview dah jumpa, so dah takda masalah dah. Perut pun dah berbunyi. Bukan perut saya., tapi perut Mr Sunshine. Hehehe.. Saya memang dah takda selera dah nak makan... Nervous punya pasal! Kami pun singgah lunch di Secret Recipe. Dekat je dengan bangunan tempat saya nak interwiew tue. Sambil makan2 saya belek2 jugak nota2 ringkas yang saya bawa, kot2 lar masuk dalam soalan interview. Heheh. Mr Sunshine pula khusyuk dengar saya menghafal sambil angguk2 kepala.. Macam lar paham kan... Hehehe =) Tapi ya dia faham ok.. Genius. Ayang, nak 50sen, upah puji =)



Jam dah menunjukkan pukul 1.45 petang, so kami terus ke tempat saya nak di interview tue. Tepat pukul 2.00 petang saya dipanggil masuk. Pheh! Mereka sangat menepati waktu. Mr Sunshine pula tunggu dalam kereta agaknya. Kesian sungguh. Saya di interview oleh Admin Manager company itu. Memang teramatttttt lah menakutkan, tak macam first interview hari tue. Saya dilimpahi dengan soalan2 yang memang mustahil lar rasanya untuk saya jawab sebab saya tak pernah pun bekerja sebelum ini wahai encik manager. Manalah saya tahu macam mana nak buat kalau probe Cobas Integra 800 itu bengkok sebab sample tube tak spin elok2 dalam centrifuge. Haihhh~ Soalan pelik2 dan tak disangka2 yang dia tanya selama satu setengah jam saya dalam bilik tue. Diulang. Satu setengah jam. Sesi interview paling lama di dunia. Kepala rasa sakit giler macam baru lepas jawab paper exam 3 jam + paper kuarantin 3 jam yag jumlahnya 6 jam sebab jadual exam subjek clashing. Haha=p



Lepas je abes interview, Mr Sunshine bawa jalan2 ke Pavillion, shopping, makan2 n tengok wayang cerita Papadom. Horeyyyyy! Sungguh menenangkan jiwa raga. Malam tue dia hantar saya balik, bukan balik Seremban tapi balik hotel. No no no.. Bukan tidur berdua ya tuan2 dan puan2. Jangan salah sangka. Malam tue saya tidur di hotel, sebab kebetulan ayah saya ada meeting selama seminggu di situ, so saya tumpang tidur sebab malas nak balik Seremban. Letih. Saya tidur sampai petang Jumaat keesokan harinya (23 haribulan). Cover balik tidur yang tak cukup selama seminggu. Petang tue baru lar saya gerak balik Seremban. Haaaa nak cerita jugak. Hotel tue punya lar kedekut! Saya punya lar excited nak surf internet sebab dah lama tak surf kan, tapi tak boleh. Bila nak connect keluar signal kalau nak passwod kena bayar RM15 untuk satu jam. Kedekut giler! Satu jam pulak tue. Satu hari boleh tahan lar lagi. Patutnye bagi free je lar kan, dah bayar bilik mahal2. Haihh~



Keesokan harinya pula (24 haribulan), saya ke Putrajaya. Dari seremban Ok... Bukan Dari KL. Gerak dari Seremban pukul 10 pagi. Jumpa Mr Sunshine dan sepupunya di Shah Alam dan terus ke Putrajaya. Kenapa ke Putrajaya? Sebab ada kursus. Kursus apa belum tiba masanya untuk saya beritahu. Haha.. Bukan apa, untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan khabar2 angin. Jeng jeng jeng! Hihihihih=p Kursus tue selama 2 hari iaitu sampai 25 haribulan. Oh ya. Kursus tue siang je, so malam hari dipenuhi dengan sesi makan2 dan join abang kakak dan sepupu2 Mr Sunshine karaoke sekejap dan tengok wayang cerita Inglorious Basterds dan balik lewat malam dan tidur dengan nyenyaknya sebab penat giler! Sila kira berapa banyak 'dan' di situ. =p



Keesokan harinya pulak 26 haribulan. Saya ke Shah Alam untuk ambik result di kolej dan buat clearance untuk dapatkan transkrip sementara. Kehulu kehilir dari exam department, ke account department. Dari account department ke exam department balik, lepas tue ke admin, dan ke health science school. Sampai di school mentor pulak takda, slip exam muet pun lupa bawak. Penat je datang.. Alamatnya nanti kena datang sekali lagi. Tapi at least dah dapat result yang dah berkurun2 tunggu tak keluar2 tue. Kalau rabbit tue rasanya dah 2-3 kali beranak dah. Kuang3x.. Oh lupa nak cerita. Masa di admin, saya jumpa Naqsha dan Zaty! Dah lama tak jumpa diorang. Huhu.. Diorang tengah nak ambik borang ke ape ntah nak apply untuk buat MBBS kt India. wah2... Hebat sungguh~ Nanti dapat lar tengok gambar korang kuar kat Utusan Malaysia. Salam Perantau di Aidilfitri. Hehe=p



Ok. Plan untuk hari nie adalah untuk tidur puas2! Seminggu sibuk ulang alik Seremban-KL-Seremban, Seremban-Shah Alam-Seremban jer kan... Bangun pagi tadi hantar Harith pegi sekolah. Balik rumah breakfast mihun goreng ngan air milo, lepas tue tanpa menoleh ke belakang terus tido balik. Orang cakap lepas makan jangan terus baring nanti perut buncit. Tapi memang tak kesah dahhhh... Mengantuk punya pasal. Heheh. Sedar2 dah tengah hari dah.. Appointment dengan doktor gigi pagi tadi pun dah terlajak. Esok lar pegi jawabnya...



Itulah kisah seminggu yang sangat sibuk nie, sampai tak sempat nak surf internet. Nasib baik tak lupa macam mana nak on laptop. Kehkehkeh=p Dan maka terhasil lah entri yang membosankan ini. Hehe.





Monday, October 19, 2009

The winner goes to ....



AdiBaNakAjaiB!!!


Sebab jari die besar..kalau lubang idong die kecik, camane die nak korek idong.



Congratulations Graphics




You have answered it right! You can redeem the prize before 25th October 2009. Please contact me for further details. Hehehe=)

Sunday, October 18, 2009

Busy Mode



Sekarang saya tiada masa untuk mengupdate blog. Tapi sempat je post entri nie kan? Hahah.. Ntah hapape~ Tapi betul lar, takde apa yang nak diceritakan since saya sangat sangat sangat sibuk. Sibuk untuk apa? Sibuk untuk study ler! Interview dah nak dekat. Banyak yang tak ingat neh! Inilah akibatnya makan kepala ikan bilis banyak sangat. Heeheehee=)


Tapi saya tidak akan tinggalkan anda dengan begitu sahaja... Cehhhh cehhhh macam ada orang yang baca kan? Hahaha. Tak kisah lah~ Okeh. Saya akan bagi anda teka-teki.







Kenapa lubang hidung gorilla besar sangat???





Heheheheh. Teka jangan tak teka. Jawapan nanti saya post di entri akan datang okeyh!! Bye!!! =)

Saturday, October 17, 2009


She...





Loves him.

Friday, October 16, 2009

My first job-interview session






Hai!! Hehehe. Apsal tiba-tiba hai nie. Bagilah salam. Owh... Assalamualaikum! Hmm.. Semalam saya ada interview kerja. Untuk pertama kalinya! Takut giler masa sampai2 tue. Hohoho. Rasa nervous macam nak ambik final exam. Dari rumah lagi rasa nak makan pun takda selera.. Mandi pun tak basah..Tidur tak lena.. (another ayat hyperbola dari hanna=p). Tapi betul! Rasa nak muntah pitam semua ada. Hahaha.. Sampai je kat sana diorang suruh isi borang application, letak gambar semua. Dan.. Tibalah seorang lagi candidate untuk di-interview juga. Aiseh.. Persaingan nie. Hehehe... Dalam hati, alamak bleh ke aku dapat nie.. Result final sem pun tak keluar lagi. Mesti lar diorang nak pilih candidate yang dah confirm habis belajar kan? Hmm.. Pasrah je lah!


Saya orang yang pertama masuk. Masa mula-mula masuk tue memang sangat sangat takut ok. Dah lah handphone lupa nak silent mode. Hahah. Tapikan yang magic nye, bila saya duduk je, terus rasa berani. Hihihi=p Terima kasih kerusi. Manager tue pun start lar borak-borak tanya soalan pasal subjek2 apa yang dah belajar masa kat kolej.. Sembang2 pasal my future intention dan lain-lain. Tanya boyfriend sihat ke tak.. Hehe takde lah. Dalam hati saya, takda ke soalan yang lebih mencabar dia nak tanya? Penat je saya study dari malam tadi. Perasan bagus. Haha. Dan tiba-tiba macam tau2 je.. Manager tue cakap, "Saya pun tak tau nak tanya apa dekat awak sebenarnya. Cuba awak cerita apa yang awak dah belajar masa training". Wah! Ini sudah bagus! Tiada soalan untuk saya kah? Yeeehaa!


Saya pun mula lar cerita. Masa internship dulu, minggu pertama saya dekat Biochemistry section. So saya pun start lar cerita pasal test2 yang analyzer machine kat section tue boleh buat contohnya renal profile, liver function test, BUSE, cardiac enzyme, bone metabolism dan lain-lain. Saya cuak juga sebenarnya sebab saya tak study banyak pun untuk Biochemistry, tambah2 pasal normal value range. Memang tak ingat langsung! Lagipun post yang saya apply nie more ke arah Haematology dan Histopathology section je. Tapi tadi dah TERskema pulak cerita pasal Biochemistry, dengan skemanya ikut turutan masa training kan. Adoyai~


Pastue minggu kedua saya training dekat Haematology section. Disebabkan nie favourite section saya, dan saya pun memang study lebih untuk Haematology nie malam tadi, memang excited giler lar nak cerita. Tapi..... belum sempat saya nak buat ayat pendahulaan pasal haematology, manager tue tiba2 tanya soalan. Untuk Liver Function test, kalau protein, albumin, bilirubin, SGOT/AST, SGPT/ALT, GGT atau apa2 je lah yang value dia out of normal range, apa yang kita kena buat? What are the indications? Erk! Sata tidak ingat lah! Huhu.. Sepatutnya saya start cerita pasal Haematology je terus kan??? Huhuhuu... Disebabkan saya tidak ingat jawapannya, saya pun hantam sajalah labu! Jawapan yang paling senang, mungkin disebabkan ada infection or inflammation lar kan.. Hihihihi=p



Dan itu saja satu-satunya soalan yang manager tue tanya.. Lepas tue, dia suruh saya tunggu phone call kalau2 nama saya di short-listed kan.. Huhuhu.. Habis lar, mesti orang lain yang dapat kerja nie.. =(



Akan tetapi.. petang semalam juga saya dapat phone call yang mengatakan saya dapat ke interview seterusnya minggu depan! Yayyyyyy!! Wish me luck ok!




Tuesday, October 13, 2009

Vintage and Antique =)

Hehe.. Topik nie terlintas dalam kepala masa tengah layan quiz dengan Mira Mazlan kat Facebook semalam. Soalan dia ntah apa ntah tak ingat tapi lebih kurang macam wedding ring macam mana yang sesuai untuk anda. Rasanya awal lagi untuk saya bercakap soal wedding ring! Hahahah=p Tapi memang lumrah setiap perempuan mesti ada angan2 kan.. Tak ke gitu? Hahaha.. To Mr Sunshine, jangan gusar ya! Saya bukan mahu push awak untuk dapatkan ring yang sungguh cantik from The Carat Club itu. Tapi kalau mahu survey harga boleh juga. Kat Pavillion ada. =) Giler demand. hehehe..


Dulu saya minat cincin2 yang simple dan moden macam nie :








Kadang2 bila tengok cerita orang putih kat tv, masa anak perempuan dia nak kawin, ada lar part mak dia nak bagi cincin kawin dia yang dah turun-temurun dari nenek dia dulu tue kat anak perempuan dia, ngan wedding gown skali. Anak perempuan dia pun akan puji yang cincin ngan gown tue macam cantik giler kan.. Pastu dua2 orang berpelukan.. Dalam hati saya dulu, ishhh giler kesian! Tak moden langsung cincin dan gaun itu~


Tapikan, sekarang dah lain pulak saya rasa! Adakah kerana faktor usia yang sudah meningkat? Atau citarasa saya memang seperti orang tua? Sebab warna kegemaran saya ialah juga adalah coklat. =p Dan ciri-ciri cincin idaman pun dah berubah kepada yang antik dan vintaj.

So apa pendapat anda? Macam orang tua kah saya?? hahaha jangan jawab jangan jawab. Saya tahu jawapannya. Ciri-ciri wedding ring idaman anda pula bagaimana? Hehehe.. I'm tagging :

  1. Mira
  2. Ara
  3. Siapa2 yang ada blog and baca entri nie


Ini Adalah Entri Bergambar

Entri nie dikira kesinambungan daripada entri sebelum nie. Rasanya takda apa nak diceritakan dah sebab dah post DUA entri berkenaan jamuan hari raya yang lepas kan.. So, I'll let the pictures talk for themselves.


















































Monday, October 12, 2009

Jejak kasihan

Okeh bertemu kembali. Baru ada chance untuk rehat2. Jemputan yang terakhir balik setengah jam yang lepas. Kan betul saya cakap. Mesti sampai tengah malam. Jamuan sebenarnya untuk makan tengah hari saja tapi ada yang tak boleh datang tengah hari sebab ada hal, so dengan senangnya mereka membuat panggilan telefon cakap nak datang malam. Huhu.. Dah tue takkan lar nak makan makanan tengahari tadi kan.. So terpaksa lar masak makanan lain yang ringkas sebab dah penat.. Tapi bukan saya yang masak, ibu saya yang masak. Saya tolong aje =)

Menu makan malam :
Mee hailam
Yong tau foo
Swiss roll cake
Air blackcurrant /teh O panas


Tapi malam nie walaupun penat, ada tetamu yang saya tak sangka akan jumpa balik. Aunty Fauziah dan Uncle Nasir! Rasanya nak dekat 18 tahun tak jumpa diorang! Tapi diorang still tak berubah dan macam dulu lagi. Sekali pandang bila nampak diorang, memang saya ingat. Eh! Aunty Fauziah! Eh! Uncle Nasir! hehehe... Rindu sangat! Dulu masa kecik2 saya selalu main kat rumah diorang. Tiap-tiap petang.

Masa tue saya belum skolah lagi. Diorang ada anak nama Fadzli. Fadzli lar bestfriend saya, dia anak tunggal. Yang saya paling ingat, tiap2 petang pukul 5 saya mesti pegi rumah Fadzli. Rumah dia selang 4 buah rumah dari rumah saya. Sebelum pergi tue saya telefon rumah dia dulu. Takut kalau2 fadzli tidur. No telefon rumah dia saya conteng kat dinding. Hahah.. Aunty Fauziah akan buatkan air Ribena sejuk untuk kitorang minum sambil baca buku bersiri kanak-kanak cap Lady Bird. Ala... buku yang 1st series dia ajar A B C.. pastu cerita2 pendek.. Series yang tinggi2 tue nanti ada cerita yang panjang sikit.. Hehehe.. Kadang2 kami main kat taman permainan sebab rumah dia betul2 depan taman permainan. Bila Aunty Fauziah ngan Uncle Nasir pindah, saya main dekat rumah je dengan adik saya. Huhu.. Oh ya. Fadzli skarang dekat Medan tengah study medic. Dia tak dapat datang. Tapi Aunty Fauziah cakap Fadzli sangat tinggi dan berbadan besar! Wah!


Begitu lah ceritera episod jejak kasihan pada hari ini. Tiba2 rasa rindu pulak zaman kecik2 dulu... Zaman sebelum masuk sekolah. To Fadzli, Ameera dan abangnya Amzaar, Amylea, Qistina, Medina Suraya dan Hanis, I always remember you guys! Korang ingat kite tak? Mesti tak ingat. hehehe.. Kite ingat sebab ingatan kite kuat. ceh ceh ceh~ heheheh =) Eh eh apsal nama korang canggih masa zaman dulu2? Macam nama kanak2 zaman sekarang. Baru kite perasan.


Sunday, October 11, 2009

Seludup masuk


Hahah! Sekarang jam 3.15 ptg. Rumah saya sedang dipenuhi umat manusia, ada jamuah Hari Raya. Yang ke berapa entahlah saya pun tak pasti, yang ke-6 kalau tak salah untuk raya tahun ini (tak termasuk yang masak sikit2 untuk yang datang beraya pada hari biasa)! Kawan2 ayah saya sangat ramai sehinggakan terpaksa buat jamuan batch by batch. Kalau nak buat sekali harung mau macam kenduri kawin kot jadinye! Sekarang saya menyelinap masuk ke bilik sekejap. Dah macam pink panther rasanya. Letih! Dari malam tadi mengemas rumah dan membanting tulang memerah keringat di dapur. Mencurah2 peluh membasahi bumi. Hihihi ayat mesti hyperbola kan kan? =p Nie harus sampai tengah malam nih. Adoyai~ Oklah. Ibu saya suruh pegi 7-e beli ais. Hoyei!! boleh curik tulang. Ok lah nanti jumpa lagi. Babai!
Menu tengah hari ini :
Ikan bakar + air asam
Perut, dan daging bakar + air asam + kicap limau kasturi
Ayam goreng rempah
Sambal udang
Kari ayam
Pecal
Ulam petai + kacang botol
Beraneka jenis kek + coklat
Buah limau sunkist + tembikai + nenas
Air blackcurrant

Thursday, October 8, 2009

Pemain aka Player


Setelah lama tidak bertemu ewahhh akhirnya hari nie saya dapat berjumpa dengan Mr Sunshine! Yayyy!!! *tepuk tangan. Misi hari nie adalah untuk berjalan-jalan aka dating dan makan-makan dan jalan-jalan dan shopping. Heheh.. Juga mahu mencari wide-belt yang dah lama saya nak beli tapi tak beli-beli sebab tidak ada yang berkenan. Saya bukan cerewet. Saya memilih. Mr Sunshine pula hendak cari baju dan briefcase dan kasut futsal. Panjang berjela entri nie nanti kalau nak diceritakan kisah misi pencarian gadis melayu eh bukan. Misi pencarian baju, wide-belt dan kasut kami sepanjang hari nie. Ada satu sahaja yang saya mahu kongsi dalam entri hari nie. Bukan pasal kisah pening kepala lepas makan ais krim Haagen Dazs. Bukan juga kisah warna kasut yang dah habis stok dan terpaksa ke One Utama dari Mid Valley semata-mata nak cari kasut yang sama tapi warna yang berbeza. Haih.

Apa yang saya nak cerita dan bincangkan di sini adalah tentang berapa ramai lelaki sekarang nie yang bersifat pemain atau dalam Bahasa Inggerisnya player atau playboy... Baru semalam saya dengar satu kisah tentang rakan saya yang baru beberapa bulan berkahwin tetapi sudah ada affair dengan perempuan lain. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah ini salah lelaki yang gagal mengawal hawa nafsu dan hanya mahu menunjukkan kehebatan terhadap kaum perempuan yang lemah atau salah si perempuan yang menggunakan kesempatan atau kelemahan untuk menggugat iman lelaki? Ataukah ini jodoh namanya?? Oh itu saya tidak setuju. Misi pencarian barangan saya dan Mr Sunshine hari ini juga telah menemukan saya dengan BUKTI KUKUH yang negara kita kini memang terdapat ramai golongan lelaki yang boleh digelar playboy ataupun baru mendaftarkan diri dan berjinak-jinak dalam kancah sosial dunia playboy.



Tengoklah berapa ramai yang dah menterjebak-kan diri.

Yang berbaju hitam baru sahaja selesai mendaftar.




Yang Si dia pun mahu mendaftar. Apakah??!

Wednesday, October 7, 2009

Juice it up!



Banyak kelebihan minum wheatgrass juice nie sebenarnya... Walaupun tak sedap dan kalau tak bernasib baik boleh membuatkan anda cirit birit sebelum sempat anda sampai di rumah sebab jus nie hanya mengambil masa beberapa minit untuk dihadamkan. Heheh! Dengan hanya minum 1 shot wheatgrass juice (lebih kurang 20ml), kita akan dapat vitamin, mineral, dan enzyme yang badan kita perlukan.

Wheatgrass nie jugak boleh jadi macam cleanser yang bertindak balas secara spontan terhadap toksin dan mukus dalam perut. Selain mengandungi kalsium, potassium, dan magnesium yang tinggi, kandungan klorofil yang memang tinggi giler dalam jus nie boleh bawak keluar toksin dari dalam sel.

Disebabkan jus nie sangat efektif dan highly potent, kita hanya boleh minum 1 shot je (patutlah dia bagi sikit je semalam!) untuk permulaan. Kalau minum lebih, nanti kita boleh jadi macam tak sedap perut, loya, muntah, atau lebih teruk cirit birit disebabkan oleh cleansing effect oleh jus tue. Nie ada petikan yang saya jumpa dalam sebuah website tentang jus wheatgrass nie :

  • Use of wheatgrass is said to help cleanse the blood, organs & gastrointestinal tract, and is also recommended as a way to stimulate metabolism & normalizes the thyroid gland, which may be helpful in correcting obesity & indigestion.
  • As a nutritional supplement, wheatgrass contains a variety of vitamins, minerals, amino acids & enzymes. It has an abundance of alkaline minerals, which is said to help reduce over-acidity in the blood.Wheatgrass juice contains almost the same amount of Vitamin C as citrus fruits & actually more than such vegetables as tomatoes or potatoes. It is as high in Vitamin A as dark green lettuce or carrots, & is additionally a good source of the B vitamins. Wheatgrass contains Vitamin E.


  • The mineral content of wheatgrass includes calcium, iron, sodium, potassium, magnesium & a variety of trace minerals such as selenium & zinc. Dried wheatgrass juice is said to have as much calcium as milk. Wheatgrass juice contains about half as much iron as spinach, as much potassium as citrus fruits & as much magnesium as broccoli.Some 17 amino acids can be found in wheatgrass, including essential amino acids (those that the body can synthesize from food protein) as lysine, leucine, tryptophane, phenylalanine, threonine, valine & isoleucine. Some of the other amino acids found in wheatgrass are arginine, glutamic acid, histidine, serine & tyrosine.


  • Chlorophyll content of wheatgrass provides some protection from carcinogens. This protection is said to come from chlorophylls ability to strengthen cells, detoxify the liver & bloodstream and chemically neutralize pollutants. Dr. Arthur Robinson, the director of the Oregon Institute of Science & Medicine, who performed a research project on wheatgrass in 1978 at the Linus Pauling Institute, found that wheatgrass & other “live foods” decreased the incidence & severityof cancer lesions in mice by about 75 percent.In 1978, Dr. Chiu-Nan Lai of the University of Texas reported in Nutritional and Cancer that wheatgrass juice had an anti-mutagenic effect, & also that it showed an anti-neoplastic ability.


  • In another study, performed at the Arthur Testing laboratory by Dr. Thelma Arthur, the consumption of wheatgrass juice was shown to detoxify the blood & strengthen the immune system.
  • Wheatgrass has also been shown to have a beneficial external effect as well. Wheatgrass and/or chlorophyll ointment has been used to successfully treat such disorders as skin ulcers, impetigo & itching.
  • Science has proven that chlorophyll arrests growth & development of unfriendly bacteria.
  • Chlorophyll (wheatgrass) rebuilds the bloodstream. Studies of various animals have shown chlorophyll to be free of any toxic reaction. The red cell count was returned to normal within 4 to 5 days of the administration of chlorophyll, even in those animals which were known to be extremely anemic or low in red cell count.

  • The high magnesium content in chlorophyll builds enzymes that restore the sex hormones.
  • Liquid chlorophyll washes drug deposits from the body.
  • Chlorophyll helps purify the liver.

  • Chlorophyll improves blood sugar problems.
  • Wheatgrass juice cures acne & even removes scars after it has been ingested for seven to eight months. The diet must be improved at the same time.

  • Benjamin Gruskin, M.D., recommends chlorophyll for its antiseptic benefits. The article suggests the following clinical uses for chlorophyll: to clear up foul-smelling odors, neutralize strep infections, heal wounds, hasten skin grafting, cure chronic sinusitis, overcome chronic inner ear inflammation and infections, reduce varicose veins and heal leg ulcers, eliminate impetigo and other scabby eruptions, heal rectal sores, successfully treat inflammation of the uterine cervix, get rid of parasitic vaginal infections, reduce typhoid fever and cure advanced pyorrhea in many cases.

  • Wheatgrass juice acts as a detergent in the body and is used as a body deodorant.
  • A small amount of wheatgrass juice in the human diet prevents tooth decay. Wheatgrass juice held in the mouth for 5 minutes will eliminate toothaches. It pulls poisons from the gums. Gargle with wheatgrass juice for a sore throat.
  • Wheatgrass juice keeps the hair from graying.
  • Wheatgrass juice can dissolve the scars that are formed on the lungs from breathing gasses. The effect of carbon monoxide is minimized since chlorophyll increases hemoglobin production.

  • Wheatgrass juice reduces high blood pressure and enhances the capillaries.

  • Wheatgrass juice can remove heavy metals from the body.

Cubalah!! =)

Tuesday, October 6, 2009

Rumput pun boleh buat jus.


Semalam saya ke IKEA. Cuba teka saya beli apa. Lampu? Salah. Meja? Salah. Cermin? Salah. Bakul baju kotor? Salah. Cadar? Salah. Barangan hiasan? Pun salah. Ok sila menyerah kalah sekarang. Saya HANYA mahu beli ini semata-mata:





Lepas beli 8 paket Graddsas, saya pun melintas ke The Curve dan membeli-belah tingkap (window shopping). Takde berhajat nak beli apa-apa pun tapi dah alang-alang.. Eh. Ada ada. Saya mahu beli wide belt sebenarnya. Dan briefcase untuk Mr Sunshine, tapi takda yang berkenan.

Habis tawaf satu The Curve tue tiba tiba saya nampak satu kedai yang tertera "Detox Wheatgrass Juice!". Tengok rumput2 atas kaunter tue nampak macam sedap! (Sorry takda gambar. Segan plak nak snap gambar depan barista yang dok tengah pandang saya). Saya pun dengan excitednya pergi ke kaunter dan order, "Gimme 1 shot of wheatgrass juice please," sambil tersenyum.

Lepas tunggu dalam beberapa minit, saya pun dapat apa yang saya order dan sepotong limau sunkist untuk pencuci mulut. Dalam hati, sikit giler! Gelas dia sebesar tester cup yang promoter yogurt drink slalu bagi kat Tesco tue. Tapi takpelah. Nama pun 1 shot. Saja nak try je kan, bukan nak minum sampai hilang haus pun~ Kaler plak memang tersangatlah menakutkan. Hijau pekat. Dengan yakinnya saya pun teguk juice tersebut dan %$%&#!!!! Juice apakah nie!!! Tak sedap langsung! Sebijik macam makan rumput! Nasib baik sikit. Macam nie ke rasanya bila arnab makan rumput?? Patutlah arnab saya suka makan roti gardenia butterscotch.

Ok sampai sini saja entri saya kali nie. Saya akan cerita tentang kebaikan jus rumput yang tak sedap ini pada entri akan datang. Byeee!

Sunday, October 4, 2009

Mr Sunshine

I miss him.
I miss his face.
I miss our dates.
I miss his stories.
I miss his jokes.
I miss his smile.
I miss his laugh.
.................................................
I cannot list all that I miss.
All I can say is... I miss him so much!
I'm looking forward to see you soon dear!
:: Hanna::

Friday, October 2, 2009

Yang Indah Itu Bahasa

Situasi I : Food Court Mid Valley Megamall

Saya : Nak makan dulu ke, nak jalan-jalan dulu ek?
Mr Sunshine : Ikut lah, lapar tak? Kalau lapar kite makan dulu.
Saya : Erm... Makan dulu lah.. Tapi nak makan ape? Makan kat food court nie je lah ekk, tanak makan fast food.. bosan~
Mr Sunshine : Okai.
Saya : Nak makan tomyam lah. Ayang? Nak claypot? Sizzling ke...
Mr Sunshine : Erm.. Tanak lah. Order je lah same. Order dua.


***Saya dan Mr Sunshine pun berjalan ke kaunter yang jual tomyam. ***


Saya : Erm... Kak, tomyam ape yang ade ye?
Pekerja Ind*n : Macam-macam ada dikkk... Tomyam ayam ada, tomyam cendawan ada, tomyam campur ada, tomyam siput pun ada.
Saya : Ha? Tomyam siput?
Pekerja Ind*n : Iya. Tomyam siput.
Saya : Eeee... Sedap ke tomyam siput? (Berbisik kepada Mr Sunshine)
Mr Sunshine : Ntah. Nak try?
Saya : Tanak lah!


*******Tiba-tiba teringat nak belek menu atas kaunter ********


Saya : Mane kak. Takde pun tomyam siput.
Pekerja Ind*n : Itu. (Sambil tunjuk gambar)
Saya : Ohhhhhh........... Tomyam seafood!
Pekerja Ind*n : Iya. Tomyam siput.
Saya dan Mr Sunshine : OOooooo...


...............................................................................

Situasi II : Dalam lif, Apartment Ilham, TTDI Jaya

Makcik Cleaner Ind*n : Rumahnya tingkat berapa ya? (Tangan standby nak tekan butang lif).
Saya : Oh. Tingkat 16 makcik..
Makcik Cleaner Ind*n : 16 ya... Ok.
Saya : Terime kasih.. (Sambil senyum kat makcik itu).
Makcik Cleaner Ind*n : Adik baru pulang dari kelas ya?
Saya : Hurm? A'ah... hehehe.. (Senyum lagi kat makcik itu)
Makcik Cleaner Ind*n : Adik nie belajarnya di mana? Polaketeynik?
Saya : Aaaa?? (Berfikir sebentar. Apekah?). Ohhh! Politeknik yang depan tue? Eh taklah. Saye belajar kat Seksyen 13. MSU.
Makcik Cleaner Ind*n : Oooooo.. Ingatkan di Polaketeynik. Kalau di Polaketeynik dekat lah ya. Jiran sebelah rumah makcik pun ramai belajar sana..
Saya : Owh.. Hehehe.... (Dalam hati dok fikir. Polaketeynik???)


**** Ting tungggggg....... lif stop kat tingkat 14*******


Makcik Cleaner Ind*n : Ok ya... Makcik turun sini... Jumpa lagi....
Saya : Owh hehe.. Ok makcik... Bye.... (Sambil angkat tangan kat makcik tue. Dalam kepala dok terngiang ngiang.. Polaketeynik..polaketeynik...)


****Lif terus naik ke tingkat 16*****





Thursday, October 1, 2009

Sorry Mr Bloggy


Hohooo~ Sorry for not updating my blog for nearly 2 weeks! (Ade ke orang yang kesah?? hahaha.. macam lah ade yang bace kan? =p. But this is MY blog, so what? =p) I was extremely busy and am still busy as I type this. What with dealing with hari raya preparation, woke up early in the morning and ulang-alik from my house in seremban to my grandma's in kajang everyday (for the first 4 days of hari raya), helps my mom preparing dishes for makan-makan time with all family members yang datang, attending all the open house invitations (Our calendar is full with open house invitations up to nextweek! -_-'),
attending the 'makan-makan' at my uncle's and aunt's place, and to top it all off, helping my mom at the kitchen as my family is having guests almost everyday, and sometimes up till midnight! (I am the one who do the house keeping hehehehe and goes here and there at the morning to buy all the stuffs needed as my parents are working and only reach home after office hour). Sounds REALLY tiring right?? hehehe. Yes, it is.

Owh. By the way, I've just bought this
=D



Yayyyy!!