Monday, September 7, 2009

Apa yang saya rindu? Part 1


Zaman kanak kanak memang best. Tak perlu untuk pening pening kepala fikir masalah macam mana nak cepat kaya (haha!), fikir macam mana nak kumpul duit dapatkan handbag Anya Hindmarch yang sangat gorgeous itu atau jeans CK yang sangat seksi. Tak perlu lah bersusah payah bersiap dan drive sendiri untuk mendapatkan Kotex atau Coke atau apa apa yang diperlukan. Tak payah juga tolong ibu secara paksa rela pergi ke Family Store untuk beli cendawan, asam keping atau belacan. oh tidak tidak. Yang itu saya suka rela. Tapi apa yang saya rindu masa zaman SEKOLAH RENDAH saya dulu?

1. Kawan baik saya Sumayyah - Saya dan kawan baik saya Sue merangkap anak jiran sebelah rumah sangat lah akrab sampaikan dia boleh masuk rumah saya dan buka peti ais dan makan apa yang dia mahu seperti di rumah sendiri. haha. Sue saya rindu kamu.(Betulkah kamu sekarang sudah jadi pramugari MAS? Wah). Kami akan sama sama pergi ke kedai Gobal dengan memakai roller blade dan membeli majalah Galaxy dan Smash Hits untuk melihat gosip terkini dan menatap wajah wajah penyanyi yang sangat hot bagi kami pada masa itu terutama Nick Carter. haha..Kumpulan Spice Girls, BSB, The Moffats, Hanson, dan 911 teramat lah famous pada masa itu (ada banyak lagi tapi nanti penuh entri ini dengan nama nama artis luar negara yang sangat cool.) Majalah tue lepas dibaca akan disorokkan di bawah katil kerana takut dimarahi ayah. Membazir katanya.



Oh kacaknya.


2. Kek Coklat HIRO - Tak Tau lah anda semua sedar atau tidak dengan kewujudan kek coklat HIRO. Tapi kek ini sangat sedap! Saya akan selalu pergi ke Kedai Sempit (Tak tau nama sebenar kedai ini apa tapi saya gelarkan kedai ini kedai sempit sebab kalau kita nak masuk kedai ini, kita kena beri laluan untuk orang yang nak keluar dahulu sebab nanti tak muat nak masuk) terutama apabila mengikut ibu saya membeli alat jahitan di kedai itu sebab kek itu mahal harganya iaitu 30sen, sedangkan saya selalu hanya ada 10sen. Ibu saya akan tambah lagi 20sen.

30 sen

3. Nasik Kantin 50sen - Nasik kantin di sekolah saya sedap sedap belaka. Saya selalunya akan beli nasik 50sen yang mengandungi nasi putih, ikan bilis goreng, telur dadar dan kuah kari. Sangat sedap hingga menjilat jari. Air pula saya akan bawa dari rumah untuk jimatkan wang untuk beli ais krim Malaysia Pak Omar dan biskut rokok (biskut loveletters) petang nanti kalau ada aktiviti tambahan di sekolah. Juga untuk dikumpul untuk beli majalah Galaxie dan Smash Hits.



4. Ais Krim Malaysia Pak Omar - Ada macam macam pilihan ais krim Malaysia di kedai Pak Omar. Saya suka perisa asam boi dan sarsi. Harganya 10sen. Perisa Milo sedap juga tapi mahal sikit, 20 sen.


satu 10sen



5. Kumpulan Spice Girl ciptaan. Kumpulan Spice Girl ciptaan ini dianggotai oleh saya, Sumayyah, Hanis, Ainal, dan Noor. Setiap petang kami akan pusing pusing sekeliling taman perumahan dengan memakai roller blade. Roller blade saya yang paling cantik sebab rodanya ada lampu lampu yang berkelip kelip bila kita pakai. Terima kasih ayah! ok sambung. Setiap orang akan twit chop salah seorang ahli kumpulan Spice Girl sebagai nama samaran masing masing (sudah tentulah saya Posh Spice!). Kadang kadang kami akan menari tarian Spice Girl seperti di dalam video clip dengan memakai roller blade di kawasan yang tak ramai orang nampak.

Kami



4 comments:

AdiBaNakAjaiB said...

wakakaka..
posh spice ye tak..
urm, who's ur beckham then xD

::hanna:: said...

hahaha.. sebbaik saye pilih posh. sekarang posh dah vogue n jadi fashion icon, dulu takde lar sangat kan... sebenarnye dulu diorang sume berebut nak chop Mel C aka sporty spice. hehe =)

n my beckham is YOU! hehe

Mira Mazlan said...

alololowhhh~so shuweet! ^^

::hanna:: said...

Hahaha.. zaman DULU DULU lar mira.. ingat! "DULU DULU". hahaha=p