Saturday, September 5, 2009

Black - 2 thumbs up!


Woohooo..


Hari ni first time tengok cerita Hindustan yang tidak membosankan. Eh. Second kot. Lepas Khabi Kushi Khabi Gham. hehehe.


Tajuk dia "BLACK". Rasanya dah lama filem nie keluar, tapi baru hari nie dapat tengok. Memang tersaaaangat lah best. DAN yang paling penting, TAKDE, diulang, TAKDE nyanyi nyanyi and golek golek kat taman bunga (kadang kadang smpai tetido nak tunggu lagu habis, bila dah tebangun pun tengok tengok lagu tak abis abis lagi, scene menari kat jalan raya tiba tiba dah kat gunung ganang pulak dah!). Cerita nie kira macam English movie, scene semua kat london, and dialog pun dalam English. Pelakon utama dia Amitabh Bachchan ngan Rani Mukherjee.




Cerita dia macam nie, Michelle McNally (Rani Mukherjee) nie sorang budak perempuan keturunan Anglo-India yang pekak, bisu, dan buta (bayangkan! huhuuuu.. sadiss~). So, dari kecik dia macam frust lar ngan hidup dia, pastu jadi seorang yang sangat ganas dan pemarah, dan pelik (macam sakit mental pun ada. huhu).. Jalan pun tak betol, kepala terteleng teleng. huhu.. kesian. Masa umur dia 8 tahun, parents dia panggil sorang cikgu (Amitabh Bachchan) untuk mengasuh and ajar Michelle sebagai pilihan terakhir sebelum hantar dia ke hospital sakit jiwa. Bayangkan lah macamana nak ajar student yang buta, dah buta pekak n bisu pulak. haihh. apelah nasib. ok sambung. Cikgu tue nama dia Debraj Sahai, seorang yang pelik, dan alkoholik, tapi memang bersemangat nak mengajar especially mengajar budak malang macam Michelle tue.


Michelle


W.A.T.E.R = water

Ok. part yang sedih dan terharu start kat sini. Dengan gigih dan sabar cikgu Debraj pun ajar Michelle yang ganas and degil tue. Macam2 halangan yang cikgu tue dapat. Kena pecat dek mak ayah Michelle, kena maki lagi, tapi cikgu Debraj tue tetap gak nak stay n ajar Michelle. Macam2 yang cikgu tue buat, yelah macamane nak ajar budak buta yang pekak kan? nak cakap dia tak dengar. nak tunjuk sign language dia buta pulak. dah lah asik menjerit2 je pastu beguling macam budak terencat akal. huhu. Salah satu cara yang cikgu tue buat, dia pujuk Michelle supaya calm down, letak tangan kanan Michelle kat bibir cikgu tue, n cikgu tue pun sebut perkataan sambil suruh Michelle pegang benda yang dia nak ajar tue dgn tangan kiri. (contohnya "spoon". paham ke? hehe). Pastue cikgu tue suruh Michelle letak pulak tangan dia kat bibir dia sendiri n sebut. Cikgu Debraj ajar n mengasuh Michelle tak ambik upah pun, sampai la Michelle besar, and dia pun dah tua. Sedih sangat... Sangat baik hati cikgu itu. huhu.. (Tiba2 teringatkan cikgu sekolah rendah yang sangat baik, Cikgu Suzana.). Ok.
Usaha gigih cikgu Debraj yang menghabiskan hidup dia didik Michelle memang tak sia2. Bila dah besar, Michelle jadi sorang yang sangat cantik, bijak, n berkeyakinan tinggi. Michelle juga dapat masuk universiti. Di universiti, cikgu Debraj akan duduk di sebelah Michelle untuk dengar apa yang pensyarah ajar dan translate n explain kan untuk Michelle! Sangat suci hatimu cikgu Debraj. huhu.. Buku pun Cikgu Debraj yang tolong bacakan. wah wah wah.


Michelle dah besar, ngan cikgu Debraj

Akan tetapi pada suatu hari (ceewahh), tahap keyakinan Michelle hilang bila dia dihadapkan dengan kenyataan yang cikgu Debraj tue dah tua dan uzur, pastu ada penyakit Alzheimer pulak. Michelle rasa yang tempat dia bergantung selama nie dah hilang. Sampai pada satu masa, cikgu Debraj tak ingat apa2 langsung n macam orang sakit mental. Michelle pun dia tak kenal. Cikgu Debraj akhirnya kena tahan kat hospital, siap kena rantai lagi tangan kat katil sebab dia tak ingat kat mana katil dia. huhu.. Sangat sedih.



Cikgu Debraj dah uzur


Bermula dari situ, Michelle pulak mengambil tugas menjadi pembimbing dan pengasuh kepada cikgunya itu. Dia juga berusaha hingga berjaya demi menunaikan harapan cikgu Debraj - mendapatkan segulung ijazah.


Syabas Amitabh Bachchan dan Rani Mukherjee!
::hanna::

1 comment:

AdiBaNakAjaiB said...

uhuhuhu..
isk, sob...sob..