Dulu-dulu masa sekolah rendah tiap2 tahun saya dapat naik pentas untuk Hari Penyampaian Hadiah. Agak bangga juga ketika itu sebab siapa2 yang berjaya dapat nombor 1-5 dari KESELURUH darjah je yang dapat naik pentas, bukan dari setiap kelas. Maknanya anda antara 5 orang yang terbaik dari ratusan pelajar dalam darjah tersebut. Sangat seronok. Paling seronok sebab sehari sebelum tue boleh ponteng kelas kerana terlibat dengan raptai. =D
Ibu dan ayah juga seronok saya tahu. Pagi2 lagi dah kejutkan saya bangun tidur dan siap2kan apa yang patut. Sehari sebelum tue ayah bawa pergi kedai beli hair band baru yang cantik untuk saya pakai masa naik pentas. Kasut dibasuh putih bersih dan disapu kapur. Baju digosok rapi. Pagi tue semua orang akan jadi sedikit kelam kabut entah kenapa. Excited mungkin. *kenapa tiba2 saya rasa sangat sedih nie. Huhu*
Sebelum naik pentas cikgu aturkan murid2 ikut darjah masing2. Mula dengan murid2 Tahun 1 dan diakhiri dengan murid2 Tahun 6. Masa beratur tue rasa berdebar2 je. Hahaha. Tak sabar. Sambil2 tue intai2 cari ayah dan ibu duduk dekat mana. Kadang2 tue panic sekejap sebab macam tak nampak pun mereka. Tapi saya tahu mereka datang. *Sebak nie.. huhu.. tak dapat nak cerita dan gambarkan keadaan sebenar *
Lepas je selesai acara, kami anak beranak bergambar sama2. Lepas tue pegi makan KFC. Ayah memang suka ambik gambar kami adik-beradik. Dulu saya tak perasan tapi bila dah besar, bila belek balik album2 gambar dan tengok tarikh2 bawah gambar tue ayah i know you love us.. We love you too.. Sob.. sob..
Ayah ambik gambar kami hampir tiap2 hari! Tarikh2 dalam gambar tue memang berturut2 setiap hari. Bayangkan ayah ambil gambar saya tengah tidur malam tue, esok pagi nak pegi sekolah dia ambik gambar lagi, petang tue tengah main masak2 dengan kawan2 pun dia datang ambik gambar, saya makan ais krim tumpah comot pun dia amik gambar, malam tue gaduh dengan adik pun dia ambik gambar lagi lagi dan lagi. Even sebelum masuk tidur masa ayah nak ceritakan bedtime stories pun sempat snap gambar.*Rindu masa kecik2 dulu. Nak balik ke zaman dulu boleh tak? Nak dengar ayah cerita lagi =/*
Ok sebenarnya saya nak cerita pasal sabtu minggu lepas punya kejadian. Hehe. Minggu lepas kami ke Bangi (ke kajang?) untuk majlis konvo adik saya yang masa kecik2 suka cari gaduh ngan saya. Saya upload gambar je lar eyh... Dah nama pun konvo dia, mesti lar gambar dia je yang banyak. =p
Kenapa mesti bagi bunga masa konvo?
Ketandusan kaum hawa di GMI. Hehe..
Rasanya boleh dikira dengan jari berapa orang student perempuan yang konvo hari itu.
Tak macam konvo universiti awam yang penuh dengan protokol mungkin.
Kasut pun tak kisah dah macam mana rupa.
Rambut macam2 fesyen, afro ada, rock kapak ada, merah menyala ada. Haih~~
Beratur elok-elok na. Jangan berebut.
Nie sebelum start majlis
Baru nak start
Touch up touch up untuk ambik gambar
Tengah tunggu sesi bergambar beramai2 ke ape ntah.. Lama sungguh~
Saya sudah kelaparan di luar hall. Huhu
Saya sudah kelaparan di luar hall. Huhu
Ayah, Aizat, Ibu.
Senyum jangan tak senyum
Aaaaaa tak sempat pose lagi? Sorry dah terlambat.
Tertekan button sudah.
Aizat, Ayah, Harith
Ha! Baru nampak muka saya. Hehe.. Jangan marah na! =p
1 comment:
aww, terharu la cite kt ats2 tuhh. :D ngee~ comel la blog akak. i like!
Post a Comment