Friday, November 6, 2009

Kisah Tensi


MINGGU LEPAS hari Isnin saya ada hantar 2 pasang baju kurung dan 1 helai kemeja untuk dry cleaning. Minggu lepas Ok. Sila beri perhatian. Hari ini dah hari Jumaat minggu seterusnya. Dapat?


Ok hari Isnin yang saya hantar baju2 ke kedai dobi tue, pekerja kedai tue cakap boleh ambik baju2 tue hanya pada hari Jumaat sebab takut tak sempat siap sebab ada banyak sangat baju2 yang belum disiapkan. Saya pun macam, "Owh Jumaat? Lambatnye. Hari nie baru Isnin. Hmmm... Bolehlah... "


Setibanya pada hari Jumaat yang dimaksudkan, saya terlupa nak pegi ambik baju2 tue kat kedai dobi berkenaan. Hari Isnin baru saya teringat nak pegi ambik. Jadi saya pun pegi lar ke kedai dobi tue, sebab kebetulan memang saya nak keluar untuk settlekan beberapa urusan. Sampainya saya di kedai dobi tue, saya pun hulurkan lar resit dobi tue kat pekerja dobi tersebut.


Nak tau apa jadi? Dekat 15 minit saya tunggu dia cari baju saya tak jumpa-jumpa. 15 minit tue lama ok dalam erti kata dunia realiti. Dah dia tak jumpa, dia pas pula resit tue kat pekerja yang lain untuk tolong carikan. Saya pun siap tolong tengok2 kan baju yang ada tergantung kat depan kaunter tue. Tapi takde. Memang takde.


Pekerja tue datang balik kat saya dan suruh saya datang esok petang. Maknanya hari Selasa. Takkan tak siap lagi kot? Dah seminggu dah pon. Tue saya dah bagi chance 3 hari lewat tue. Kalau nak ikutkan dia suruh datang hari Jumaat lepas. Sungguh tensi~


Keesokan harinya saya pegi lagi ke kedai dobi tu. Yang ada di kaunter mungkin tauke kedai tue sebab dia lelaki, juga sebab saya rasa pekerja kedai tue semua perempuan. Saya pun explain sambil tunjukkan resit, "Encik, semalam saya ada datang untuk ambik baju2 untuk dry clean. Tapi diorang suruh saya datang balik hari nie."


Lelaki tue ambik resit saya dan pegi ke belakang untuk cari baju2 tue mungkin. Lama jugak lar saya tunggu, siap boleh pegi kedai sebelah beli paper Metro ngan air Coke.


Tunggu punya tunggu punya tunggu... Air Coke dah habis minum, paper Metro pun dah habis belek, baju tak sampai2. Alih2 lelaki tue keluar bawak resit tadi, dan senang hatinya berkata, "Cik datang esok lah ye."


Saya pun cakap lah, "Hah???!! Semalam saya dah datang, diorang suruh saya datang hari nie. Hari nie saya datang encik suruh datang esok pulak?". Dan apa yang lelaki itu balas hanyalah, "Cik datang esok lar, datang esok."


Geram tak? Sapa2 yang berasa tidak geram jika keadaan ini berlaku, dia adalah insan berhati kering yang tidak normal. Cakap sorry pun tak. At least explain lar ape yang tejadi kan.. Tak siap lagi ke, atau dah siap tapi tak jumpe letak kat mane sebab baju2 banyak sangat ke.. Atau dah tersilap bagi kat customer lain ke?? Gggrrrrrr!


Malas nak gaduh dan kerana saya pun jenis yang tak suka memaki hamun, saya pun terus ambik resit dan berkata "Ok lah," dan masuk dalam kereta.


Lelaki tue cakap suruh datang keesokan harinya bermaksud hari Rabu lah kan, tapi sebab geram memikirkan kisah kedai dobi itu lalu saya malas nak pegi lagi. Kasi chance untuk diorang cuci kalau2 tak siap cuci lagi, kasi chance untuk diorang cari baju tue kalau2 dah tersalah letak.


Dan. Tadi petang saya pegi ke kedai dobi tue buat kesekian kalinya. Hari nie dah Jumaat, maknanya dah bagi extra 2 hari dah. Saya pun hulur resit yang dah hampir lunyai tue kat lelaki tersebut.


Seperti sebelum ini, dia MASIH tercari2 baju saya dekat tempat2 gantung baju yang SAMA tempat dia cari dari hari Isnin lepas. Kan hari tue dah cari kat situ tapi takde? Geramnya!


Dah berhari2 takkan takde initiatif langsung untuk cari baju tue kan? Takkan nak tunggu saya datang baru terhegeh2 nak cari? Apa dia buat selama 2 hari nie???!!


Saya pun pergi ke kedai sebelah lagi. Beli paper Metro, lepas tue pegi balik ke kedai dobi tue. Dan lelaki tue masih tercari2 lagi baju2 saya kat tempat gantung tue. Biarkan. Malas saya nak tolong cari. Saya memang dah tau baju2 saya memang takde kat tempat gantung tepi kaunter tue.


Dari depan dia ke belakang, dari belakang dia ke depan. Biarkan. Padan muka. Lama jugak lar tunggu. Tiba-tiba masa saya tengah belek paper Metro yang saya beli tue, saya nampak lelaki tue datang ke kaunter sambil bawak baju2 saya. Akhirnya!!!


Ape lar yang susah sangat nak cari... Geram betol. Menyusahkan.








No comments: