Monday, November 30, 2009
Cinderella and her three wishes
Bayar Hutang
Ok berbalik kepada hutang entry saya semalam (ke dulu semalam?) oh ya ya semalam. Pernah tak anda jumpa orang yang memandu kereta dengan sangat lah bersopan santun slow tahap bawa kereta lembu di lorong sebelah kanan?
Jika anda datang ke sini, jangan terkejut jika:
- Anda terpaksa ikut di belakang kereta yang dipandu 40km/jam di lorong kanan. Nak potong tak boleh pulak sebab kereta banyak di lorong bertentangan. Nak potong sebelah kiri, pun kereta banyak.
- Anda sudah lama menunggu untuk keluar dari simpang sebab kereta sangat banyak, tiba2 anda lihat ada satu kereta/motor yang masuk ke simpang itu tanpa memberi signal dan dengan selambanya memandang ke arah anda tanpa rasa bersalah.
- Anda tengah memandu laju, tiba-tiba lebih kurang 10 meter jer lagi, ada kereta tiba2 keluar dari simpang. Tak berhenti sikit pun, menoleh pun tidak terus jer keluar. Anda rasa patut flash lampu ke, nak bunyikan hon?10 meter. Hesshhh...
- Sedang anda memandu, kereta di hadapan anda berhenti di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba sebab ternampak ada makcik jual pisang goreng tepi jalan. Tiba-tiba dapat ilham nak makan pisang goreng agaknya. Tengah jalan ok dia berenti, bukan ke tepi sikit ke ape ke.. Tengah jalan. Dan selamba jer dia turun gi beli pisang goreng. Dengar macam mustahil bukan? Tapi percayalah kerana ianya benar. Hehe
- Anda tengah memandu dibelakang sebuah kenderaan, tiba2 kenderaan tersebut berhenti di tengah jalan untuk memasuki simpang disebelah kanan tanpa memberi lampu signal. Anda pula yang perlu menunggu laluan kiri lancar dan memberi signal ke kiri untuk memotong.
Sunday, November 29, 2009
Petua Menaikkan Seri Muka
Hoyeee!!
O Hai!
Laptop saya sudah ok. Buleh lah saya bercanda dengan internet selepas ini.
Mr. Internet, do you miss me? Heehee
Tapi malam nie kena tidur awal, esok mahu ke Perak ada jemputan kenduri kawin.
Promise, tomorrow night will update lagi, ok?
Jumpa esok yer!
Bye! Good night my darlings...
*big hugs, please*
Friday, November 20, 2009
Naik Pentas
Rasanya boleh dikira dengan jari berapa orang student perempuan yang konvo hari itu.
Kasut pun tak kisah dah macam mana rupa.
Rambut macam2 fesyen, afro ada, rock kapak ada, merah menyala ada. Haih~~
Saya sudah kelaparan di luar hall. Huhu
Friday, November 6, 2009
Kisah Tensi
MINGGU LEPAS hari Isnin saya ada hantar 2 pasang baju kurung dan 1 helai kemeja untuk dry cleaning. Minggu lepas Ok. Sila beri perhatian. Hari ini dah hari Jumaat minggu seterusnya. Dapat?
Wednesday, November 4, 2009
Maggi Asam Laksa Cara Saya
Ok. Nie bahan-bahannya:
Bahan-bahan untuk direbus : Bawang besar yang dihiris, cili padi untuk menambahkan kepedasan tahap merah telinga, asam keping dan cili merah (ditabur sebelum dihidang).
Sayur kobis. Nak guna sawi pun boleh tapi tadi check dalam fridge sawi takde, so saya guna kobis =)
Bila dah nampak macam air tue dah mendidih, masukkan bawang merah dan cili padi. Cili padi saya masukkan awal2 supaya pedas macam yang saya cakap tadi. Kaw kaw tahap merah telinga. Hehe..
Biar untuk seketika. Ok dah mendidih nampaknya.
Kemudian masukkan asam keping untuk tambahkan rasa masam. Nama pun maggi asam laksa kan... Pedas dan masam baru lar best! Hehe
Lepas dah masukkan asam keping, boleh lar masukkan serbuk perencah maggi asam laksa. Tunggu hingga mendidih seketika.
Masukkan fish cake dan crab fingers.
Last sekali masukkan sayur. Di sini saya guna kobis. Kalau ada sawi lagi best. Hehe.. Lepas masukkan sayur terus tutup api ok kalau tanak sayur tue layu sangat. Kemudian boleh lar dihidangkan mengikut cita rasa anda.
Tara!!! Siap dihidang. Taburkan juga cili merah untuk hiasan. =)
Mudah kan? Selamat mencuba!
Notis : Sila sediakan air minuman yang banyak sebab masakan ini pedas dan boleh menyebabkan telinga anda berasap. Nanti kena panggil bomba pula~ Hehe..
Tuesday, November 3, 2009
Bidan Kampungan
Time of Delivery : 3.37 pm
Midwife : Miss Hanna
Crowning.
You can do it baby! Yeah yeah! =p
Sweating?
Push a little harder darling!
Uhh uhh uhh
Yeah its coming right away
Come on! Come on!
Excellent job, baby!
You are doing great!
Yayy happy time happy time!
Finally!
Goodbye womb~
Introducing... PinPin : The Assistant midwife =p
Monday, November 2, 2009
Sunday, November 1, 2009
Mendung
Mendung sepanjang hari
Akibatnya.... Selain makan dan mengupdate blog, inilah kerja saya sepanjang hari. Habiskan koleksi komik Lat yang dah lama dibeli tapi tak abis2 baca lagi. Mr Sunshine pun tak angkat phone dari pagi tadi bila saya call. Baru petang tadi dia call balik cakap baru bangun. Haha. Owh cuaca....
Lat & His Lot Again
Mat Som
Sesiapa yang teringin nak jadi pramugari tue, sila study sket pasal Geografi ok. Haha