Wednesday, November 4, 2009

Maggi Asam Laksa Cara Saya


Selama ada blog nie rasanya tak pernah pun kan saya pos entri pasal resepi masakan? Haha.. Tapi nie tak bererti saya tak pandai masak okkkeeyyyy! Boleh lar sikit2.. Keji lar tak tau masak langsung.. Hihihi=p Disebabkan semalam kebetulan saya rasa macam malas nak makan nasik, jadi saya plan nak masak maggi. Jap jap. Maggi nie boleh dikategorikan sebagai masakan ke? Memasak maggi atau membuat maggi? Haha. Terpulanglah kepada citarasa anda sendiri untuk menggelarkannya =p

Jadi harinie saya nak pos entri cara-cara memasak maggi. Rasanya memasak maggi lar istilah yang tepat kan. Sebab kalau yang buat maggi pakai air panas je tue baru boleh dipanggil membuat maggi. Kalau masak guna api kena sebut sebagai memasak maggi rasanya.. hehehe. Tanak kalah =p

Ok mari kita mulakan. Owh sebelum tue. Sila abaikan mutu gambar yang sangat horrible ini. Snap pakai camera phone jer. Dan saya ialah tukang menyediakan bahan, merangkap tukang masak, tukang kacau (bukan kacau mengganggu, kacau masakan lar) dan juga tukang mengambil gambar sekali. So inilah hasil kerja multitasking. Semoga anda memahami. Hehe =p

Ok. Nie bahan-bahannya:


Bahan-bahan untuk direbus : Bawang besar yang dihiris, cili padi untuk menambahkan kepedasan tahap merah telinga, asam keping dan cili merah (ditabur sebelum dihidang).


Sayur kobis. Nak guna sawi pun boleh tapi tadi check dalam fridge sawi takde, so saya guna kobis =)

Fish cake dan crab fingers

Bahan utama : Maggi Asam Laksa BESARRRRRRR punye! Hehhe


Ok. Ayuh mulakan! Tapi sebelum tue sila sediakan periuk ok. Takde periuk kuali pun boleh~


Mula-mula, masukkan air ke dalam periuk, kuantiti mengikut citarasa anda. Jangan lupa pasang api ok. Kang lupe pulak. Sampai esok pun air tak mendidih. Hehe

Bila dah nampak macam air tue dah mendidih, masukkan bawang merah dan cili padi. Cili padi saya masukkan awal2 supaya pedas macam yang saya cakap tadi. Kaw kaw tahap merah telinga. Hehe..

Biar untuk seketika. Ok dah mendidih nampaknya.

Kemudian masukkan asam keping untuk tambahkan rasa masam. Nama pun maggi asam laksa kan... Pedas dan masam baru lar best! Hehe

Lepas dah masukkan asam keping, boleh lar masukkan serbuk perencah maggi asam laksa. Tunggu hingga mendidih seketika.

Masukkan fish cake dan crab fingers.


Masukkan pula telur dan kacau. Kalau tanak telur kuning tue pecah, jangan lar kacau kuat-kuat sangat. Hehhe..

Kemudian kita masukkan maggi. Saya tak suka pecah2kan maggi sebelum masukkan. Saya suka masukkan maggi seketul macam tue terus. Supaya bila makan nanti jadi 'bertali-tali'. Baru best Sllurrrpppppppp!!!! Hehehe..

Last sekali masukkan sayur. Di sini saya guna kobis. Kalau ada sawi lagi best. Hehe.. Lepas masukkan sayur terus tutup api ok kalau tanak sayur tue layu sangat. Kemudian boleh lar dihidangkan mengikut cita rasa anda.

Tara!!! Siap dihidang. Taburkan juga cili merah untuk hiasan. =)

Mudah kan? Selamat mencuba!


Notis : Sila sediakan air minuman yang banyak sebab masakan ini pedas dan boleh menyebabkan telinga anda berasap. Nanti kena panggil bomba pula~ Hehe..


No comments: