Monday, November 30, 2009

Bayar Hutang

Hari nie badan tak berapa sedap lor.. Dah 2-3 hari rasa macam nak demam tapi tak demam2. Main2 pulak dia. T_T

Ok berbalik kepada hutang entry saya semalam (ke dulu semalam?) oh ya ya semalam. Pernah tak anda jumpa orang yang memandu kereta dengan sangat lah bersopan santun slow tahap bawa kereta lembu di lorong sebelah kanan?



Macam ini


Ya! Jika anda ingin merasai pengalaman menakjubkan ini tanpa perlu ke India, silalah ke tempat saya (sila view profile).

Jika anda datang ke sini, jangan terkejut jika:

  • Anda terpaksa ikut di belakang kereta yang dipandu 40km/jam di lorong kanan. Nak potong tak boleh pulak sebab kereta banyak di lorong bertentangan. Nak potong sebelah kiri, pun kereta banyak.
  • Anda sudah lama menunggu untuk keluar dari simpang sebab kereta sangat banyak, tiba2 anda lihat ada satu kereta/motor yang masuk ke simpang itu tanpa memberi signal dan dengan selambanya memandang ke arah anda tanpa rasa bersalah.
  • Anda tengah memandu laju, tiba-tiba lebih kurang 10 meter jer lagi, ada kereta tiba2 keluar dari simpang. Tak berhenti sikit pun, menoleh pun tidak terus jer keluar. Anda rasa patut flash lampu ke, nak bunyikan hon?10 meter. Hesshhh...
  • Sedang anda memandu, kereta di hadapan anda berhenti di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba sebab ternampak ada makcik jual pisang goreng tepi jalan. Tiba-tiba dapat ilham nak makan pisang goreng agaknya. Tengah jalan ok dia berenti, bukan ke tepi sikit ke ape ke.. Tengah jalan. Dan selamba jer dia turun gi beli pisang goreng. Dengar macam mustahil bukan? Tapi percayalah kerana ianya benar. Hehe
  • Anda tengah memandu dibelakang sebuah kenderaan, tiba2 kenderaan tersebut berhenti di tengah jalan untuk memasuki simpang disebelah kanan tanpa memberi lampu signal. Anda pula yang perlu menunggu laluan kiri lancar dan memberi signal ke kiri untuk memotong.
Jika anda bernasib baik, anda akan menikmati kesemua pengalaman di atas sekali gus, dengan hanya sekali lawatan ke tempat saya. Jangan risau kerana situasi ini berlaku setiap hari, jadi anda tidak mungkin akan terlepas peluang ini. Sekurang2nya, 2 atau 3 daripada situasi di atas mesti berlaku punyer. Dijamin. Hehe. Owh sebelum terlupa! Pastikan hon kenderaan berfungsi ya! =)


Selamat mencuba! =D


1 comment:

Mira Mazlan said...

hahahah~kat mana nihh? mmg nk kena pemandu2 "berhemah" nihh.