Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!! Kosong-kosong Okay?


Dearest Darlings,

Just in case I cant get connected to the internet more often due to my busy-ness of dealing with Hari Raya preparation chaosity, and would be heading back to my grandma's soon, so here I want to wish you all Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin if I have offended anyone with my silly writings in here. Also a big big sorry for all my wrongdoings I have done to anybody out there.. Kosong-kosong ok? =)

Have a great celebration dearest!


Loads of love from me,

::hanna::


p/s: To Mr Sunshine, thanks for the early duit raya! yayyyyyy!! hehehhe.. Maaf Zahir Batin ye! =)

Wednesday, September 16, 2009

Itu atau Ini

Sekarang saya sedang guna yang ini :
NOKIA E71




Tapi saya dalam perancangan untuk dapatkan yang itu :
NOKIA N97



Ataupun tunggu sehingga hujung tahun untuk yang ini masuk ke pasaran Malaysia ?
NOKIA N900 - MAemo 5 Linux powered smartphone










Nie antara beberapa ciri N900 (untuk info lebih lanjut, sila google sendiri. hehehe) :

  • Internet tablet + phone
  • Max 48 GB storage (32 GB internal + 16 external)
  • 5 MP Carl Zeiss camera with flash
  • 3.5 inch WVGA touchscreen
  • Full QWERTY keyboard
  • Full QWERTY onscreen keyboard
  • GPS

N900 nie menampakkan N97 macam tak best kan? hehehe
To Mr Sunshine, I think you deserve this! =) Sesuai untuk awak =)

Tuesday, September 15, 2009

Another Toy Called Facebook

Yeah, I'm a member of Facebook now! Actually I didn't want to have another social community online as I have Friendster. But I gave up then, as many of my friends way back in primary and secondary school are now more active in Facebook rather than in Friendster or Myspace. And my Mr Sunshine too! Dont want to be ketinggalan zaman, so I decided to create myself an account =)

Here are some conversations that took place few hours ago, which also drove me to have one.

8.20 pm
Me : Hye yang! Tengah buat ape tue?
Mr Sunshine : Facebook! Ayang tengah buat ape?
Me : Huhh!! Tak buat ape2 pown.. Tengah Facebook ngan sape?
Mr Sunshine : Akmal, kat group smkd nie.. Hahaha!
Me : Haihhh~ ok...
Mr Sunshine : Okeng..
Me : T_T * sob..sob...


10.30 pm
Me : Hye! Tengah buat ape?
Mr Sunshine : Facebook lagi. hehehehe..
Me : Owh ok... Saje je tanye..
Mr Sunshine : Owh okai~
Me: =_=


12.10 am
Me : Hello yang. Boring lah... Kat mane tue?
Mr Sunshine : Kat rumah lah.. depan pc... Boring ke? Jom kite cakap phone. *laughing*
Me : Kenape gelak?
Mr Sunshine: Pian taruk gamba saye kat Facebook. Caption gamba tue kelaka.
Me : Facebook lagii!! haihhh~
Mr Sunshine : Hahaha! Ok lar tue... At least awak tau the latest update tentang Facebook saye.
Me : T_T



Ok. Cool. Cool. I am also a member of Facebook now. heeheeheee=p

Monday, September 14, 2009

Kanak-kanak Riang

Tarikh Kejadian : Sabtu, 12 September 2009
Tempat Kejadian : De Palma Inn, Shah Alam
Peristiwa : Berbuka Puasa Bersama Mr Sunshine dan Keluarga

Si adik teruja



Si abang pula teruja


Aaaaa kan dah kena pegang kepala


Peace no war!


Mr Sunshine dan mereka


Gigi berpendakap sila tutup ya tuan2 dan puan2.

Turut kelihatan : Ayah dan ibu kepada Mr Sunshine


husband and wife soon-to-be : Abang Mr Sunshine dan tunangnya


Eh eh patah balik . Gambar sebelum ke tempat kejadian.



Kami



Bye !!


Friday, September 11, 2009

Pendakap Gigi


Apa itu pendakap gigi? Pendakap gigi itu ialah braces. hahaha. Oleh kerana saya sedang memakai pendakap gigi, semalam saya pegi jumpa doctor Zaryff for my monthly check up. N doctor tue cakap susun atur gigi2 saya berubah dengan sangat cepat! wah wah wah! Rasanya takde lah banyak sangat perbezaan pon, macam biasa je.. Tapi bila doktor tunjuk balik model gigi saya yang dia buat sebelum saya pakai braces dan sekarang, huiiiiiii! sangat horrible rupanya gigi saya dulu! haha.. Doktor jugak PUJI ya, puji. dengan keadaan gigi saya - tiada ulcers dalam mulut (selalunya disebabkan pergeseran metal braces tu dengan bahagian bibir dan pipi), tiada kesan merah merah pada gusi sekeliling gigi (disebabkan kedudukan gigi yang berubah) , tiada kesan kekuningan pada leher gigi (selalunya disebabkan kaedah pencucian gigi yang tidak sempurna) - kalau ada, doktor akan bagi 'Tooth Mousse" untuk dipakai, tiada plak, dan tiada sisa makanan. haha yang akhir skali tue saya tambah sendiri. Mana ada sisa makanan, kan bulan puasa. Dia kata ,"Keep up your good oral hygiene, Hana." kembang sebantar bersama kitkat. Doctor Zaryff, saya tahu anda ikhlas memuji. Terima kasih.


Nak tengok tak bagaimana rupa saya sebelum dan ketika sedang memakai pendakap gigi?



Sebelum memakai pendakap gigi. Gambar diambil ketika Earth Hour.



Ketika sedang memakai pendakap gigi. Gambar diambil di saat
Bandar Warisan Puteri dilanda black out.




Wednesday, September 9, 2009

Apa yang saya rindu? Part 2


6. Van Uncle Jeri -
Tiap tiap pagi saya pergi sekolah naik van sebab ayah saya cakap kalau dia hantar saya dulu ke sekolah sebelum dia pergi kerja, nanti boss dia marah sebab datang lambat. Uncle yang bawak van tue namanya Uncle Jeri. Tiap tiap pagi, saya dan Sumayyah akan tunggu Uncle Jeri depan rumah sambil makan roti (tapi selalunya Uncle Jeri akan bunyikan hon sebab saya lambat) . Uncle Jeri apa khabar di sana? Harap-harap Uncle berada dalam keadaan yang sihat di samping keluarga tercinta (Saya selalu dapat A untuk kertas Penulisan BM).

7. Bulan Puasa - Bulan puasa adalah bulan yang sangat sangat dinantikan. Lepas berbuka, saya dan adik beradik termasuk saudara kembar saya tak lain dan tak bukan Sumayyah akan berjumpa di depan rumah dan sama sama ke surau. Di surau, noor, ainal, dan hanis selalunya sudah tolong chop kan tempat untuk kami. Lepas je habis solat withir (macam inikah ejaannya?), imam bagi je salam, kami semua terusss zupppppppppp! cabut telekung lepas tue simpan dalam beg dan main basikal!! Basikal pula selalunya kami pinjam dari budak budak lelaki sebab basikal mereka jenis BMX. Boleh duduk di handle hadapan atau berdiri di belakang. hehehe... Puas pusing pusing satu taman perumahan. Kadang kadang kami join budak budak lelaki main kejar kejar dan main mercun di padang permainan.

8. Buku Kod Rahsia - Ini pula perihal di sekolah. Saya dan kawan baik saya Khadija mempunyai diary yang menggunakan kod huruf rahsia ciptaan sendiri supaya tiada sesiapa yang boleh baca diary tersebut selain kami. Diary tersebut juga dilengkapi dengan biodata kami, gambar gambar, serta scrap book artis artis pujaan kami termasuklah BSB dan Spice Girls sudah semestinya. KRU adalah satu satunya artis tempatan yang kami gilai. haha. Oh. ELITE juga. Lupa pulak. Khadija pula sangat meminati Devon Sawa, pelakon cerita hantu Casper tue.
Haihh.. banyak lagi yang saya rindu sebenrnya. Tapi cukup lah sampai lapan je yang saya senaraikan. Orang Cina cakap, nombor Ong kan. hehe..Kalau rajin nanti saya tambah lagi. Bye!

Monday, September 7, 2009

Apa yang saya rindu? Part 1


Zaman kanak kanak memang best. Tak perlu untuk pening pening kepala fikir masalah macam mana nak cepat kaya (haha!), fikir macam mana nak kumpul duit dapatkan handbag Anya Hindmarch yang sangat gorgeous itu atau jeans CK yang sangat seksi. Tak perlu lah bersusah payah bersiap dan drive sendiri untuk mendapatkan Kotex atau Coke atau apa apa yang diperlukan. Tak payah juga tolong ibu secara paksa rela pergi ke Family Store untuk beli cendawan, asam keping atau belacan. oh tidak tidak. Yang itu saya suka rela. Tapi apa yang saya rindu masa zaman SEKOLAH RENDAH saya dulu?

1. Kawan baik saya Sumayyah - Saya dan kawan baik saya Sue merangkap anak jiran sebelah rumah sangat lah akrab sampaikan dia boleh masuk rumah saya dan buka peti ais dan makan apa yang dia mahu seperti di rumah sendiri. haha. Sue saya rindu kamu.(Betulkah kamu sekarang sudah jadi pramugari MAS? Wah). Kami akan sama sama pergi ke kedai Gobal dengan memakai roller blade dan membeli majalah Galaxy dan Smash Hits untuk melihat gosip terkini dan menatap wajah wajah penyanyi yang sangat hot bagi kami pada masa itu terutama Nick Carter. haha..Kumpulan Spice Girls, BSB, The Moffats, Hanson, dan 911 teramat lah famous pada masa itu (ada banyak lagi tapi nanti penuh entri ini dengan nama nama artis luar negara yang sangat cool.) Majalah tue lepas dibaca akan disorokkan di bawah katil kerana takut dimarahi ayah. Membazir katanya.



Oh kacaknya.


2. Kek Coklat HIRO - Tak Tau lah anda semua sedar atau tidak dengan kewujudan kek coklat HIRO. Tapi kek ini sangat sedap! Saya akan selalu pergi ke Kedai Sempit (Tak tau nama sebenar kedai ini apa tapi saya gelarkan kedai ini kedai sempit sebab kalau kita nak masuk kedai ini, kita kena beri laluan untuk orang yang nak keluar dahulu sebab nanti tak muat nak masuk) terutama apabila mengikut ibu saya membeli alat jahitan di kedai itu sebab kek itu mahal harganya iaitu 30sen, sedangkan saya selalu hanya ada 10sen. Ibu saya akan tambah lagi 20sen.

30 sen

3. Nasik Kantin 50sen - Nasik kantin di sekolah saya sedap sedap belaka. Saya selalunya akan beli nasik 50sen yang mengandungi nasi putih, ikan bilis goreng, telur dadar dan kuah kari. Sangat sedap hingga menjilat jari. Air pula saya akan bawa dari rumah untuk jimatkan wang untuk beli ais krim Malaysia Pak Omar dan biskut rokok (biskut loveletters) petang nanti kalau ada aktiviti tambahan di sekolah. Juga untuk dikumpul untuk beli majalah Galaxie dan Smash Hits.



4. Ais Krim Malaysia Pak Omar - Ada macam macam pilihan ais krim Malaysia di kedai Pak Omar. Saya suka perisa asam boi dan sarsi. Harganya 10sen. Perisa Milo sedap juga tapi mahal sikit, 20 sen.


satu 10sen



5. Kumpulan Spice Girl ciptaan. Kumpulan Spice Girl ciptaan ini dianggotai oleh saya, Sumayyah, Hanis, Ainal, dan Noor. Setiap petang kami akan pusing pusing sekeliling taman perumahan dengan memakai roller blade. Roller blade saya yang paling cantik sebab rodanya ada lampu lampu yang berkelip kelip bila kita pakai. Terima kasih ayah! ok sambung. Setiap orang akan twit chop salah seorang ahli kumpulan Spice Girl sebagai nama samaran masing masing (sudah tentulah saya Posh Spice!). Kadang kadang kami akan menari tarian Spice Girl seperti di dalam video clip dengan memakai roller blade di kawasan yang tak ramai orang nampak.

Kami



Sunday, September 6, 2009

Cakes

I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES
I am craving for CAKES

Saturday, September 5, 2009

Black - 2 thumbs up!


Woohooo..


Hari ni first time tengok cerita Hindustan yang tidak membosankan. Eh. Second kot. Lepas Khabi Kushi Khabi Gham. hehehe.


Tajuk dia "BLACK". Rasanya dah lama filem nie keluar, tapi baru hari nie dapat tengok. Memang tersaaaangat lah best. DAN yang paling penting, TAKDE, diulang, TAKDE nyanyi nyanyi and golek golek kat taman bunga (kadang kadang smpai tetido nak tunggu lagu habis, bila dah tebangun pun tengok tengok lagu tak abis abis lagi, scene menari kat jalan raya tiba tiba dah kat gunung ganang pulak dah!). Cerita nie kira macam English movie, scene semua kat london, and dialog pun dalam English. Pelakon utama dia Amitabh Bachchan ngan Rani Mukherjee.




Cerita dia macam nie, Michelle McNally (Rani Mukherjee) nie sorang budak perempuan keturunan Anglo-India yang pekak, bisu, dan buta (bayangkan! huhuuuu.. sadiss~). So, dari kecik dia macam frust lar ngan hidup dia, pastu jadi seorang yang sangat ganas dan pemarah, dan pelik (macam sakit mental pun ada. huhu).. Jalan pun tak betol, kepala terteleng teleng. huhu.. kesian. Masa umur dia 8 tahun, parents dia panggil sorang cikgu (Amitabh Bachchan) untuk mengasuh and ajar Michelle sebagai pilihan terakhir sebelum hantar dia ke hospital sakit jiwa. Bayangkan lah macamana nak ajar student yang buta, dah buta pekak n bisu pulak. haihh. apelah nasib. ok sambung. Cikgu tue nama dia Debraj Sahai, seorang yang pelik, dan alkoholik, tapi memang bersemangat nak mengajar especially mengajar budak malang macam Michelle tue.


Michelle


W.A.T.E.R = water

Ok. part yang sedih dan terharu start kat sini. Dengan gigih dan sabar cikgu Debraj pun ajar Michelle yang ganas and degil tue. Macam2 halangan yang cikgu tue dapat. Kena pecat dek mak ayah Michelle, kena maki lagi, tapi cikgu Debraj tue tetap gak nak stay n ajar Michelle. Macam2 yang cikgu tue buat, yelah macamane nak ajar budak buta yang pekak kan? nak cakap dia tak dengar. nak tunjuk sign language dia buta pulak. dah lah asik menjerit2 je pastu beguling macam budak terencat akal. huhu. Salah satu cara yang cikgu tue buat, dia pujuk Michelle supaya calm down, letak tangan kanan Michelle kat bibir cikgu tue, n cikgu tue pun sebut perkataan sambil suruh Michelle pegang benda yang dia nak ajar tue dgn tangan kiri. (contohnya "spoon". paham ke? hehe). Pastue cikgu tue suruh Michelle letak pulak tangan dia kat bibir dia sendiri n sebut. Cikgu Debraj ajar n mengasuh Michelle tak ambik upah pun, sampai la Michelle besar, and dia pun dah tua. Sedih sangat... Sangat baik hati cikgu itu. huhu.. (Tiba2 teringatkan cikgu sekolah rendah yang sangat baik, Cikgu Suzana.). Ok.
Usaha gigih cikgu Debraj yang menghabiskan hidup dia didik Michelle memang tak sia2. Bila dah besar, Michelle jadi sorang yang sangat cantik, bijak, n berkeyakinan tinggi. Michelle juga dapat masuk universiti. Di universiti, cikgu Debraj akan duduk di sebelah Michelle untuk dengar apa yang pensyarah ajar dan translate n explain kan untuk Michelle! Sangat suci hatimu cikgu Debraj. huhu.. Buku pun Cikgu Debraj yang tolong bacakan. wah wah wah.


Michelle dah besar, ngan cikgu Debraj

Akan tetapi pada suatu hari (ceewahh), tahap keyakinan Michelle hilang bila dia dihadapkan dengan kenyataan yang cikgu Debraj tue dah tua dan uzur, pastu ada penyakit Alzheimer pulak. Michelle rasa yang tempat dia bergantung selama nie dah hilang. Sampai pada satu masa, cikgu Debraj tak ingat apa2 langsung n macam orang sakit mental. Michelle pun dia tak kenal. Cikgu Debraj akhirnya kena tahan kat hospital, siap kena rantai lagi tangan kat katil sebab dia tak ingat kat mana katil dia. huhu.. Sangat sedih.



Cikgu Debraj dah uzur


Bermula dari situ, Michelle pulak mengambil tugas menjadi pembimbing dan pengasuh kepada cikgunya itu. Dia juga berusaha hingga berjaya demi menunaikan harapan cikgu Debraj - mendapatkan segulung ijazah.


Syabas Amitabh Bachchan dan Rani Mukherjee!
::hanna::

Friday, September 4, 2009

hello

hello.
.
.
.
wah!
.
.
.
saya sudah ada blog!.
.
.
.
keluarga saya pasti bangga.
.
.
.
Mr. Sunshine juga.
.
.
.
heeheehee.
::hanna::